Harian Metro

Pemimpin pemuda parti kantoi dadah

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

Rawang: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Hulu Selangor mengesahka­n individu yang ditahan pihak berkuasa atas kesalahan dadah adalah pemimpin sayap pemuda parti politik berkenaan.

Ketua Bahagian PPBM Hulu Selangor, Badrul Hisham Jaafar berkata, ketua pemuda parti itu yang ditangkap di rumahnya Sabtu lalu sudah lama tidak aktif dalam pergerakan parti dan gagal menghadiri sebarang mesyuarat yang diadakan.

Beliau menganggap penahanan itu tidak memberi sebarang kesan kepada perjalanan parti.

“Pada saya perkara ini tidak memberi kesan atau sebarang impak apa pun (terhadap parti).

“Sebenarnya dia sudah lama tidak aktif sejak hampir tujuh bulan. Apabila tidak aktif kita abaikan sahaja sebab kita perlukan pemimpin yang agresif.

“Bagi saya kalau seseorang itu tidak aktif atau agresif kita lupakan saja,” katanya ketika ditemui wartawam di pejabat PPBM di sini semalam.

Ketua sayap pemuda parti berusia 30 tahun itu ditangkap oleh sepasukan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hulu Selangor di rumahnya di Kampung Tengah, Batang Kali di Kuala Kubu Bharu jam 2.15 pagi selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Berita penahanan suspek yang dikaitkan dengan perbuatann­ya yang didakwa sering mengkritik kepimpinan Perdana Menteri itu turut tular di laman sosial sejak kelmarin.

Badrul Hisham berkata, beliau tidak mengenali peribadi ketua pemuda parti itu tambahan lagi dia kerap tidak hadir sebarang mesyuarat.

Bayar dan terima lesen secara pos. Tawaran itu diberikan sindiket didalangi individu dikenali sebagai Cik Wan kepada penduduk di utara tanah air yang ingin mendapatka­n lesen terbang dengan hanya perlu menunggu di rumah.

Mendakwa ia didaftarka­n secara terus di dalam sistem Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan polis, terdapat tujuh kelas lesen yang ditawarkan pada harga RM390 hingga RM660 dan pemohon hanya perlu menyertaka­n salinan kad pengenalan depan dan belakang, gambar berukuran pasport, tandatanga­n serta alamat lengkap

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia