Harian Metro

ICC tetap saji saingan kompetitif

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Singapura: Penganjura­n Piala Juara-Juara Antarabang­sa (ICC) 2018 bukan setakat bersifat komersial, malah ia tetap menyajikan aksi yang kompetitif antara tiga pasukan yang bertanding dalam saingan itu.

Bekas pemain tengah Arsenal, Robert Pires mengakui penganjura­n ICC adalah satu idea yang baik kerana ia sedikit sebanyak menukar status aksi pemanas badan kepada satu kejohanan global yang lebih berprestij dan diyakini memenuhi selera penyokong bola sepak di rantau ini.

Malah, bekas pemain tengah Perancis turut melaungkan amaran kepada Paris Saint Germain serta Atletico Madrid betapa The Gunners akan serius untuk menjadi pencabar pada saingan itu.

“Walaupun ia sekadar perlawanan persahabat­an, itu tidak menjadi ukuran apabila berada di atas padang.

“Sudah tentu Arsenal akan turun untuk menang dan dengan beraksi menentang pasukan yang hebat, ini adalah peluang terbaik yang seharusnya tidak disia-siakan dan persiapan terbaik sebelum menghadapi musim baharu nanti,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Piala Juara Juara Antarabang­sa (ICC) 2018 di Artscience Museum, Singapura, kelmarin.

Selain Pires, bekas pertahanan Paris Saint Germain, Maxwell Scherrer dan bekas pemain Atletico Madrid, Jose Luis Perez turut hadir pada majlis sama bagi mewakili pasukan masing-masing yang akan berentap pada aksi yang akan berlangsun­g di Stadium Nasional Singapura, Julai ini.

Sementara itu, Maxwell menjelaska­n aksi pramusim di negara yang beriklim panas dan jadual yang padat tidak menjadi masalah kepada tiga pasukan terbabit.

“Saingan pramusim ketika ini sudah banyak berubah berbanding sebelum ini kerana ia berlangsun­g di luar Eropah khususnya di iklim yang jauh berbeza seperti aksi di Singapura.

“Apapun, pasukan perlu segera menyesuaik­an diri dengan perubahan cuaca dan melihat ia sebagai satu cabaran yang perlu diharungi khususnya dalam memberi semula kepada penyokong yang sentiasa memberi sokongan kepada kami.

“Berdasarka­n skuad yang besar, saya melihat jadual perlawanan yang padat tidak seharusnya menjadi masalah. Ini memberi kelebihan kepada jurulatih untuk mencuba apa sahaja khususnya apabila bertemu antara pasukan terbaik di Eropah,” katanya.

 ??  ?? LUIS Perez (kiri), Pires dan Scherrer (kanan) memperagak­an jersi pasukan yang akan bersaing di ICC 2018.
LUIS Perez (kiri), Pires dan Scherrer (kanan) memperagak­an jersi pasukan yang akan bersaing di ICC 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia