Harian Metro

‘Buktikan kepada saya’

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

FELDA United bakal berdepan ujian getir apabila menentang PKNP FC pada suku akhir kedua Piala FA, di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, esok ekoran kecederaan yang melanda empat pemain utamanya.

Jurulatih, B Sathianath­an mengesahka­n tonggak pertahanan import, Thiago Junior Aquino tidak dapat diturunkan sambil beliau mengharapk­an kecederaan Gilberto Fortunato, Stuart Wark dan Wan Zack Haikal Wan Nor sempat pulih menjelang perlawanan penting itu.

Situasi itu sedikit sebanyak meresahkan jurulatih berkenaan apatah lagi The Fighters hanya membawa bekalan satu gol hasil kemenangan 1-0 pada suku akhir pertama di tempat lawan dua minggu lalu.

“Satu gol bukan bekalan yang selesa. Walaupun hanya memerlukan seri untuk layak ke separuh akhir, kami tidak mahu mengambil risiko bermain secara negatif sebaliknya tetap memburu kemenangan.

“Tapi dengan kecederaan empat pemain utama, saya akui perlawanan ini terlalu mencabar terutama berdepan PKNP. Mereka memberi tentangan hebat kepada kami pada suku akhir pertama di Batu Kawan walaupun bermain pada waktu petang. Saya mengkaji permainan mereka ketika menentang Perak baru-baru ini.”

Walaupun tewas 1-2, kualiti PKNP lebih terserlah bila mereka bermain pada waktu

 Sathianath­an mahu pemain simpanan ambil peluang ketiadaan empat tonggak berdepan PKNP

malam.

“Jadi, saya boleh menjangkak­an apa yang bakal dihadapi kali ini. Saya juga tidak mudah lupa mereka pernah mengalahka­n kami di Jengka pada suku akhir Piala Malaysia musim lalu,” kata Sathia.

Sathia berkata walaupun masih menaruh harapan kecederaan pemain utama sempat pulih, beliau sudah bersiap sedia dengan barisan simpanan yang bakal menampung kekosongan itu kelak.

Malah, beliau mencabar pemain yang simpanan yang akan diberi peluang bermain membuktika­n kemampuan masing-masing.

“Jika selama ini ada yang merungut kerana hanya diletakkan di bangku simpanan, kini saya cabar mereka membuktika­n kemampuan kepada saya,” katanya.

 ??  ?? WAN Zack (kiri) antara tonggak FELDA United yang belum pasti diturunkan menentang PKNP, esok.
WAN Zack (kiri) antara tonggak FELDA United yang belum pasti diturunkan menentang PKNP, esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia