Harian Metro

Usah main ugut-ugut

- Jalal Ali Abd Rahim dan Shamsul Kamal Amarudin cnews@nstp.com.my

 TPM mahu semua pihak hormati keputusan bersama

Sebarang kenyataan berbentuk ugutan oleh mana-mana pemimpin dan parti dalam Barisan Nasional (BN) termasuk soal kerusi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) amat tidak dialu-alukan.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya semangat kebersamaa­n dalam kalangan parti komponen harus diterjemah­kan dalam bentuk komitmen untuk memastikan kemenangan calon BN tanpa mengira siapa yang menjadi calonnya.

“Jika ada mana-mana pemimpin parti komponen BN yang mengugut untuk melakukan itu dan ini, maka tentu ugutan itu amat tidak dialu-alukan, apatah lagi jika pemimpin berkenaan berhasrat untuk bertanding di kerusi yang sudah ditentukan untuk rakan parti komponen yang sama.

“Jika berkeras mahu bertanding di sesuatu kerusi yang beliau anggap boleh dimenangi, maka beliau harus menghormat­i keputusan bahawa kerusi itu sudah ditentukan untuk parti lain,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden myPPP, Tan Sri M Kayveas, yang menyatakan parti itu akan keluar BN jika kehendak mereka berhubung pengagihan kerusi tidak dilayan namun memaklumka­n akan bertemu Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak berhubung perkara itu.

Kayveas sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding di Parlimen Cameron Highlands yang menjadi kerusi tradisi MIC, tetapi mendakwa hasrat itu tidak dipenuhi sebaliknya diminta bertanding di Parlimen Segambut.

Bercakap pada sidang media selepas melawat Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Parit Lima Sungai Sumun semalam, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata kepemimpin­an BN sudah mengambil kira persetujua­n terhadap kerusi tertentu sama ada dipinjamka­n buat sementara waktu atau ditukarkan ke kawasan lain.

Beliau yakin Kayveas pada akhirnya akan menerima hakikat bahawa kesatuan dalam BN harus diberi keutamaan, tambahan pula ia hanya membabitka­n sebuah parti daripada 13 komponen keseluruha­n dalam BN.

Ahmad Zahid berharap semangat kesatuan dalam BN diberi keutamaan dan percaya Najib memiliki formula selepas PRU14 kepada myPPP sebagaiman­a dilaksanak­an dalam PRU sebelum ini.

 ??  ?? AHMAD Zahid bersama masyarakat setempat bersarapan di kedai kopi Sin Loke Hoo’in di Simpang Tiga, Hutan Melintang, semalam.
AHMAD Zahid bersama masyarakat setempat bersarapan di kedai kopi Sin Loke Hoo’in di Simpang Tiga, Hutan Melintang, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia