Harian Metro

Disokong 13.4 juta pelabur Jual beli saham serta-merta

- Mohamed Farid Noh farid_noh@nstp.com.my

Seramai 13.4 juta pelabur dalam pelbagai Skim Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) menjadi penyumbang kejayaan cemerlang Permodalan Nasional Bhd (PNB) sejak 40 tahun penubuhann­ya.

Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, kejayaan cemerlang PNB sejak 40 tahun bukan secara tiba-tiba namun disumbangk­an kepimpinan dan tenaga kerja yang amanah dan berdedikas­i serta sokongan kerajaan dalam pelbagai inisiatif yang dilaksanak­an.

“Selepas 40 tahun penubuhann­ya, PNB kini adalah syarikat pengurusan pelaburan terbesar di Malaysia dengan dana berjumlah RM280 bilion.

“Sebanyak 84 peratus daripada dana dalam PNB adalah daripada 13.4 juta pemegang unit yang memiliki 229 bilion unit dalam 12 dana unit amanah setakat 31 Mac 2018,” katanya ketika berucap pada majlis pembukaan Minggu Saham Amanah Malaysia 2018 (MSAM 2018) di Stadium Batu Pahat, di sini, semalam. MSAM 2018 dirasmikan Perdana

Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Presiden merangkap Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad.

Abdul Wahid berkata, kejayaan PNB turut disumbangk­an oleh impak pengurusan ekonomi dan dasar pembanguna­n pragmatik kerajaan yang membolehka­n pertumbuha­n kemakmuran serta kestabilan ekonomi secara mampan dicapai.

Katanya, sebahagian besar dana dikumpul PNB yang berjumlah RM280 bilion itu dilaburkan dalam syarikat tersenarai di pelbagai sektor termasuk kewangan, perladanga­n, hartanah, automotif, perkakas industri, minyak dan gas, pembuatan farmaseuti­kal, telekomuni­kasi, tenaga dan utiliti.

“Ini termasuk 10 syarikat strategik PNB iaitu Maybank, Sime Darby

Plantation, Sime Darby Bhd, Sime Darby Property, SP Setia, UMW Holdings, UMW Oil & Gas, MNRB Holdings, CCM dan CCM Duopharma.

“PNB juga melaksanak­an pelbagai inisiatif transforma­si syarikat strategikn­ya pada 2017 yang terbukti berjaya meningkatk­an nilai pasaran syarikat terbabit mencecah RM39.5 bilion.

“Ini membantu meningkatk­an pendapatan bersih Kumpulan PNB sebanyak 16.8 peratus kepada RM17.7 bilion pada tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, susulan peningkata­n pendapatan berkenaan, PNB

sudah

 Penyumbang kejayaan cemerlang PNB sejak 40 tahun ditubuhkan

mengagihka­n dividen sebanyak RM14.6 bilion tahun lalu.

“Terkini pada Mac lalu, PNB juga sudah menyalurka­n agihan pendapatan berjumlah RM1.88 bilion kepada lima dana iaitu Amanah Saham Bumiputera 2, Amanah Saham Malaysia, Amanah Saham Gemilang (ASG) Pendidikan, ASG-Kesihatan dan ASG-Persaraan.

“Dengan kejayaan cemerlang dikecapi, PNB akan terus melaksanak­an mandatnya dalam sektor korporat, pemilikan ekuiti dan harta selain sentiasa berusaha untuk memberi pulangan yang kompetitif kepada pelabur,”

katanya.

Batu Pahat: Suatu ketika dahulu, masyarakat kurang menerima pendedahan mengenai pengurusan kewangan dan juga pelaburan.

Namun, pemodenan arus dengan pelbagai tawaran diberikan memberikan peluang kepada penduduk memilih agensi yang terbaik.

Seperti Permodalan Nasional Bhd (PNB), ia memberi tawaran menjual balik unit saham dengan serta-merta tanpa dikenakan had dan dasar membolehka­n segenap lapisan masyarakat melabur.

Perkara ini diakui pengunjung, Noraida Samat, 21, di mana program seperti Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) mendidik masyarakat ke arah menabung untuk masa depan.

“Apa yang saya nampak adalah tawaran PNB kepada masyarakat untuk melabur. Zaman sekarang tidak kira daripada pelbagai latar belakang, mereka memilih untuk melabur,” katanya ketika ditemui, semalam.

Seorang lagi pengunjung, Farhi Nadzzarudd­in, 37, berkata kesedaran masyarakat semakin meninggi dan mereka memilih PNB untuk membuat simpanan.

Sementara itu, kira-kira 20,000 pengunjung menyerbu pembukaan hari pertama MSAM 2018 yang julung kali diadakan di daerah ini.

Sejak jam 7.30 pagi, orang ramai memenuhi tapak MSAM 2018 di Stadium Batu Pahat, di sini, walaupun pintu pameran pelbagai syarikat yang menyertain­ya hanya dibuka jam 10 pagi.

Seorang pengunjung, Ibrahim Md Ali, 29, berkata beliau tidak mahu melepaskan peluang mengunjung­i MSAM 2018 berikutan mahu meneliti produk pelaburan unit amanah dan mempelajar­i pengurusan kewangan peribadi.

“Amat jarang program bermanfaat berskala besar seperti MSAM 2018 diadakan di daerah kecil jadi saya mahu mengambil peluang untuk menimba ilmu dan mencari produk unit pelaburan amanah terbaik untuk dilabur.

“Ini peluang terbaik kepada generasi muda seperti saya yang baru mula berkerjaya mendapatka­n khidmat nasihat dan ilmu pengguna tentang risiko pelaburan dan pengurusan kewangan yang membawa manfaat pada masa depan, " katanya.

Seorang lagi pengunjung, Munira Abdullah, 43, dari Bangi, Selangor berkata, beliau bersama suami sanggup memandu dari jauh sejak 6 pagi lagi bagi menghadiri MSAM 2018.

 ??  ?? PENGUNJUNG, Afidah Ahmad (dua dari kanan) menggunaka­n perkhidmat­an kiosk ASNB ketika Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2018 di Stadium Batu Pahat.
PENGUNJUNG, Afidah Ahmad (dua dari kanan) menggunaka­n perkhidmat­an kiosk ASNB ketika Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2018 di Stadium Batu Pahat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia