Harian Metro

Apa salah Ney Ney?

- Rudy Imran Shamsudin iman@hmetro.com.my

 Nora sebak baca komen negatif netizen terhadap anak

Pelakon popular Nora Danish menangis seharian apabila membaca komen berbaur hinaan netizen membabitka­n wajah anaknya bersama suami, Nedim Nazri iaitu Mohamed Neqayl.

Segelintir netizen memberikan komen tidak sepatutnya terhadap Mohamed Neqayl atau nama panggilann­ya, Ney Ney apabila Nora berkongsi gambar anak itu di laman sosial.

Nora ketika ditemui berkata, sebelum ini apabila membaca kecaman dan hinaan segelintir netizen terhadap anak selebriti lain, dia sangat bersimpati.

“Waktu itu hati saya berbisik, kenapa ada manusia tergamak berbuat demikian? Apabila perkara itu berlaku kepada anak saya sendiri, saya berasa sangat sedih dan kecewa. Sanggup mereka menghina bayi yang tiada salah dan dosa. Bukankah setiap ciptaan Allah itu sangat sempurna,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran salun Karva, miliknya di Desa Pandan di sini, semalam.

Nora berkata, walaupun suami cuba memujuk dan menasihati supaya jangan memikirkan perkara itu, tetapi dia tetap tidak dapat menahan perasaan sedih.

“Selepas mengalami perkara itu, saya berasakan sudah tiba masanya sikap membuli di ruang siber dihentikan. Saya sangat menyokong kempen hentikan buli siber yang sedang dilakukan teman-teman selebriti,” katanya.

Nora berkata, ada antara berita mengenai komen dan kutukan terhadap Ney Ney turut disiarkan portal hiburan dan blog.

“Saya tahu niat mereka baik dengan menegur sikap buruk beberapa netizen yang mengutuk dan menghina.

“Bagaimanap­un ia tidak memberi apa-apa kesan, sebaliknya perkara itu menjadi bertambah buruk apabila lebih ramai yang melakukan perkara sama,” katanya.

 ??  ?? NORA bersama Mohamad Nedim dan anak mereka, Mohamed Neqayl.
NORA bersama Mohamad Nedim dan anak mereka, Mohamed Neqayl.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia