Harian Metro

Kios Starbuck stesen Petronas

PDB perlengkap strategi perniagaan tawar penyelesai­an makanan dan minuman berkualiti

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@nstp.com.my

Petronas Dagangan Berhad (PDB) merancang membuka 100 kios Starbucks on-the-go di stesen Petronas terpilih seluruh negara dalam dua tahun lagi.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Mohd Ibrahimnud­din Mohd Yunus berkata, pembukaan kios itu hasil kerjasama dengan pemegang lesen jenama kopi Starbucks di Malaysia iaitu Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn Bhd (Starbucks Malaysia).

Ia dijangka melengkapk­an strategi perniagaan syarikat dalam menawarkan penyelesai­an makanan dan minuman berkualiti, berpatutan dan pantas kepada pelanggan.

“Starbucks menjadi rakan niaga jangka panjang kami yang akan memanfaatk­an kelebihan masing-masing bagi memberi pengalaman runcit terbaik kepada pelanggan,” katanya pada pelancaran menu Starbucks Espresso Kaw Kaw dan kios Starbucks on-the-go di sini.

Pada masa ini, kios itu boleh didapati di Stesen Petronas Penchala Link (arah Damansara) dan beberapa lagi kios bakal dibuka dalam beberapa bulan akan datang.

Pengarah Urusan Starbucks Malaysia Sydney Quays berkata, pihaknya meneliti lokasi stesen Petronas lain bagi kios Starbuck on-the-go dan ia bergantung kepada potensi lokasi serta permintaan pelanggan.

“Kios ini dikendalik­an barista dan hanya menawarkan menu tertentu, tidak sama seperti cawangan sebenar Starbucks,” katanya.

Dalam pada itu, pelanggan di stesen Petronas terpilih berpeluang menikmati menu baru yang ditawarkan melalui kios eksklusif terbabit iaitu Starbucks Espresso Kaw Kaw.

 ??  ?? MOHD Ibrahimnud­din (dua dari kiri) dan Quays (dua dari kanan) melancarka­n kios Starbuck on-the-go, semalam.
MOHD Ibrahimnud­din (dua dari kiri) dan Quays (dua dari kanan) melancarka­n kios Starbuck on-the-go, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia