Harian Metro

Dollah dalam dilema pilih 11 terbaik Cukuplah 90 minit

- Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuantan: Dollah Salleh berdepan situasi sukar untuk menyenarai­kan kesebelasa­n utama Pahang apabila berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada suku akhir kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Ketua jurulatih skuad Tok Gajah itu berkata, setakat ini dua pemain utama iaitu

Matthew

Davies dan

Safuwan

Baharudin masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, pada masa sama pemain tengah, Mohamadou Sumareh mengalami demam panas manakala Norshahrul Idlan Talaha hanya dapat bersama pasukan hari ini.

“Setakat ini, apa yang boleh saya katakan adalah keputusan sama ada Davies, Safuwan, Sumareh dan Mat Yo (Norshahrul) dapat beraksi atau tidak hanya diketahui esok (hari ini). Saya tetap membawa mereka ke Larkin kecuali Mat Yo yang tidak bersama kerana isterinya keguguran dan tidak disenaraik­an dalam kesebelasa­n terbaik bertemu JDT.

“Namun, jika mereka tidak dapat bersama, saya tiada pilihan lain dan mengharapk­an pemain yang diberi tanggungja­wab dapat melaksanak­an tugas masing-masing,” katanya.

Dolah berkata, dengan keputusan seri tanpa jaringan pada suku akhir pertama lalu akan membantu skuad itu untuk mempamerka­n prestasi yang terbaik.

Katanya, peluang masih lagi ada walaupun skuad itu berdepan situasi sukar termasuk kecederaan tetapi ia memerlukan komitmen tinggi daripada semua pemain.

“Saya kini mengharapk­an keputusan positif sebelum bertemu JDT untuk memastikan Pahang layak ke separuh akhir,” katanya.

Kemenangan dalam tempoh 90 minit menjadi sasaran penyerang muda, Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid pada aksi suku akhir kedua Piala FA bertemu Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam ini.

Penggempur skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara itu dilihat mahu mengelak pertembung­an daripada ditentukan menerusi masa tambahan ataupun sepakan penentuan penalti sekali gus mahukan rakan sepasukann­ya menempah tiket ke separuh akhir Piala FA dengan jalan yang lebih selamat.

Malah, rekod cemerlang di laman sendiri menjadi motivasi kepada dirinya untuk membantu skuad Harimau Selatan itu meneruskan perjuangan selepas terkandas pada suku akhir di tangan lawan yang sama pada edisi tahun lalu.

“Persiapan pasukan bertemu Pahang berada dalam keadaan yang baik dari segi mental dan fizikal. Kami perlu mengekalka­n rekod kemenangan di Larkin, oleh itu kami akan cuba sedaya upaya untuk mendapatka­n kemenangan pada perlawanan itu.

“Apa cara sekalipun, kami mahukan kemenangan. Saya amat berharap kami dapat menamatkan perlawanan dalam aksi 90 minit dengan keputusan berpihak kepada kami,” katanya menerusi laman rasmi Johor Southern Tigers, semalam.

Pada masa sama, Safawi turut mengintai untuk membarisi kesebelasa­n utama

Harimau Selatan dan optimis kehadirann­ya dalam pasukan mampu untuk membantu JDT meraih kemenangan pada aksi berkenaan.

“Sekiranya terpilih dalam kesebelasa­n utama, saya yakin dengan bantuan rakan yang lain kami akan berjaya melepasi benteng pertahanan pasukan lawan.

“Bermain di halaman sendiri memberi kelebihan kepada kami, sorakan penyokong amat diperlukan bagi menaikkan semangat kami ketika di dalam padang,” katanya.

Pada aksi suku akhir pertama di Stadium Darul Makmur, anak buah Raul Longhi itu gagal membawa bekalan selesa apabila sekadar terikat tanpa jaringan.

Situasi ini sudah pasti sedikit sebanyak menggusark­an JDT memandangk­an keputusan 1-1 berpihak kepada Pahang pada perlawanan kedua sudah mencukupi untuk anak buah Dollah Salleh mengesahka­n tempat ke separuh akhir Piala FA bertemu sama ada FELDA United atau PKNP FC.

 Safawi sasar akhiri aksi getir dalam masa sebenar

 ??  ??
 ?? Dollah Salleh ?? Jika mereka tidak dapat bersama, saya tiada pilihan lain dan mengharapk­an pemain lain dapat melaksanak­an tugas masing-masing”
Dollah Salleh Jika mereka tidak dapat bersama, saya tiada pilihan lain dan mengharapk­an pemain lain dapat melaksanak­an tugas masing-masing”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia