Harian Metro

BUKAN DUSTA MIMPI

Isteri arwah Dr Fadi masih trauma kes pembunuhan suaminya

- Safeek Affendy Razali, Fazrik Kamarudin, Nurul Hidayah Bahaudin dan Teo Peo Ying cnews@nstp.com.my

Isteri Imam Palestin yang mati ditembak ketika mahu menunaikan solat Subuh, kelmarin trauma habis apabila berulang kali meratap kepada rakan: “Katakan padaku berita kematian Dr Fadi adalah mimpi dan suamiku akan kembali.” Wanita dikenali sebagai Enas (bertudung oren) itu juga terpaksa mengambil ubat tidur manakala tiga anak mereka kini di bawah jagaan jiran.

“Isteri arwah Dr Fadi masih lagi trauma dan sering berkata kepada rakannya... ‘katakan berita kematian Dr Fadi adalah mimpi dan suamiku akan kembali’,” ujar Lembaga Pemegang Amanah Humanitari­an Care Malaysia (MyCARE) Fauziah Mohd Hasan.

Menurutnya, isteri arwah Dr Fadi M R Albatsh Fatma, 35, dikenali sebagai Enas, 30, masih terkejut dengan kes pembunuhan suaminya, pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI) yang ditembak mati dua penjenayah ketika mahu ke surau berhampira­n kediamanny­a untuk solat Subuh, pagi kelmarin.

“Saya dimaklumka­n oleh rakan Enas bahawa Enas juga terpaksa mengambil ubat untuk tidur dan berehat,” katanya.

Beliau berkata, tiga anak pasangan terbabit yang berusia antara enam bulan hingga empat tahun kini berada dalam jagaan jirannya kerana tidak mahu melihat keadaan Enas yang masih trauma.

“Kami difahamkan isteri mangsa baru saja mendaftark­an diri untuk menyambung pelajaran peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PHD) di Universiti Malaya (UM) dalam bidang pengajian Islam.

“Kami berharap ahli keluarga Dr Fadi terutama isteri dan anak-anaknya tabah menghadapi dugaan ini,” katanya.

Jenazah Dr Fadi masih berada di Bilik Mayat Hospital Selayang (HS) selepas bedah siasat selesai sebelum keputusan untuk mengebumik­an jenazahnya dibuat ahli keluarga.

Setakat ini, ahli keluarga bercadang mengebumik­an jenazahnya di tanah kelahirann­ya di Semenanjun­g Gaza.

Tinjauan Harian Metro (HM) di Bilik Mayat HS mendapati ramai kalangan warga Palestin dan kenalan Allahyarha­m hadir untuk memberi penghormat­an terakhir petang semalam.

Sementara itu, satu tabung khas ditubuhkan MyCARE bagi kutipan dana membantu keluarga Dr Fadi.

Fauziah berkata, kutipan dana tabung khas itu bertujuan meringanka­n beban kewangan ahli keluarga Dr Fadi di Malaysia.

“Dengan adanya dana ini, ia dapat mengurangk­an beban kewangan ahli keluarga terutama untuk urusan pengebumia­n sama ada dilakukan di sini atau di Semenanjun­g Gaza,” katanya

 ??  ?? ALLAHYARHA­M Dr Fadi
M R Albatsh Fatma
ALLAHYARHA­M Dr Fadi M R Albatsh Fatma
 ??  ?? DR Rami (dua kanan) menziarahi jenazah abangnya.
DR Rami (dua kanan) menziarahi jenazah abangnya.
 ??  ?? DR Zulkifli ketika menziarahi jenazah Dr Fadi di Hospital Selayang.
DR Zulkifli ketika menziarahi jenazah Dr Fadi di Hospital Selayang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia