Harian Metro

‘Bukan sampai 43 kali’

-

Kuala Lumpur: Hanya hubungi polis tiga hingga empat kali bagi tujuan melaporkan kejadian dan bukan sebanyak 43 kali seperti disiarkan dalam video yang menjadi tular di media sosial.

Itu penjelasan diberikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berhubung dakwaan polis lewat bertindak dalam kejadian pembunuhan pensyarah warga Palestin di Setapak pagi kelmarin.

Menurutnya, video yang tular dalam media sosial sejak pagi semalam memaparkan seorang lelaki warga Arab dirakam menceritak­an detik kejadian selain ada sarikata terjemahan bahasa Melayu di dalam rakaman itu.

Beliau berkata, pihaknya sudah menemu bual individu yang membuat terjemahan dalam video berkenaan dikenali sebagai Muhammad Najmi Rohaizad Mohd Nazri.

“Dia mengakui tersilap membuat terjemahan yang tersebar sejak pagi tadi (semalam).

“Terjemahan video berkenaan menunjukka­n seolah-olah polis mengambil masa yang lama untuk tiba di tempat kejadian dan mangsa mungkin dapat diselamatk­an jika bantuan tiba lebih awal.

“Selain itu, lelaki warga Arab yang dirakam itu dilaporkan adalah saksi yang berada bersama-sama mangsa semasa kejadian berlaku sedangkan hasil temubual ke atas semua saksi mendapati tiada seorang pun warga asing yang berada bersama mangsa semasa kejadian,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur semalam.

Fuzi berkata warga Arab terbabit sebenarnya memberitah­u dia menghubung­i polis sebanyak tiga hingga empat kali bagi tujuan melaporkan kejadian dan bukan sehingga 43 kali seperti yang disiarkan dalam video berkenaan.

“Berdasarka­n rekod dalam situasi kejadian berkenaan pihak polis menerusi MERS 999, menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 6.41 pagi. Sebuah kereta peronda polis diarah ke lokasi pada jam 6.44 pagi dan tiba 5 minit kemudian.

“Sehubungan itu, polis turut meminta lelaki warga Arab yang membuat dakwaan dalam video itu tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Terjemahan video menunjukka­n seolah-olah polis mengambil masa yang lama untuk tiba di tempat kejadian” Mohamad Fuzi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia