Harian Metro

Matinya disifatkan sebagai syahid

-

Gombak: “Kami menyifatka­n kematian Dr Fadi sebagai seorang syahid. Di negara asalnya (Palestin) sambutan dilakukan keluarga dan mereka yang mengenalin­ya,” ujar Naib Presiden Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam (MAPIM), Abdul Aziz Abu Bakar.

Beliau antara puluhan kenalan dan orang awam termasuk komuniti Timur Tengah yang mengunjung­i pekarangan Unit Perubatan Forensik, Hospital Selayang untuk memberikan penghormat­an kepada Imam Palestin, Dr Fadi M R Albatsh Fatma.

“Saya hadir untuk memberikan penghormat­an kepada Fadi yang pernah bekerjasam­a dalam program anjuran MAPIM.

“Sudah menjadi budaya masyarakat di Palestin untuk meraikan kematian syahid ahli keluarga atau kenalan mereka.

“Ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke masjid untuk menjadi imam untuk Solat subuh, itu pun sudah cukup untuk kita menganggap dia mati dalam keadaan syahid dan syahid itu tidak semestinya di Gaza,” katanya.

Seorang rakan Fadi, Mohammad Hassan, 31, dari Mesir, berkata dia datang ke hospital untuk memberikan penghormat­an terakhir kepada rakan dikenaliny­a sejak lima tahun lalu.

“Dia banyak membantu saya ketika saya ingin memulakan perniagaan restoran saya di sini.

“Kali terakhir kami bertemu di padang, bermain bola sepak bersama-sama.Dia seperti biasa gembira, ceria dan penuh dengan senyuman.

“Walaupun bersedih kerana kehilangan­nya, saya gembira kerana rakan saya mati syahid,” katanya.

Seorang warga Yaman, Waleed Al Fakih turut meraikan gugurnya Dr Fadi yang dianggap mati syahid.

“Saya mendapat tahu berita mengenai Fadi menerusi Facebook. Sebagai seorang Islam sudah pasti saya tidak ingin melepaskan peluang meraikan seorang saudara yang gugur syahid,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Aziz
ABDUL Aziz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia