Harian Metro

Perintah Presiden

Mahmoud Abbas arah jenazah Dr Fadi dibawa pulang ke Gaza

-

“Kami terima arahan jelas daripada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas untuk menguruska­n kepulangan jenazah Fadi (Dr Fadi M R Albatsh Fatma) dan keluargany­a ke Gaza,” ujar Duta Palestin ke Malaysia, Datuk Dr Anwar Al Agha.

Menurutnya, jenazah Imam Palestin, Dr Fadi akan dibawa pulang ke Palestin untuk dikebumika­n dan pihaknya sudah memulakan proses itu.

Bagaimanap­un, dia mengakui proses itu mungkin mengambil masa dan pihaknya sudah berhubung dengan semua pihak berkaitan memandangk­an jenazah akan melalui Mesir untuk ke Gaza.

“Kami tidak dapat memberikan waktu yang tepat untuk jenazah dibawa pulang. Proses bedah siasat masih berjalan, perbincang­an diusahakan dan saya percaya kedutaan Malaysia akan memberikan kerjasama.

“Kemudian kami perlu berbincang dengan kerajaan Mesir memandangk­an kami akan membawa jenazah dari Kaherah untuk ke Gaza. Ia bukan perkara yang mudah, kami perlu mematuhi dan menghormat­i undang-undang negara yang terbabit,” katanya dalam sidang media selepas hadir di Hospital Selayang semalam.

Dalam sidang media sama, Anwar turut melahirkan keyakinan terhadap kemampuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalanka­n proses siasatan.

Dalam kejadian 6 pagi semalam, mangsa yang juga bekerja sebagai pensyarah ditembak mati ketika berjalan ke surau di luar sebuah kondominiu­m di Jalan Gombak, Setapak, untuk menunaikan solat Subuh.

 ??  ?? DR Anwar (dua kiri) berbincang dengan Dr Mahmoud di pekarangan bilik mayat Hospital Selayang.
DR Anwar (dua kiri) berbincang dengan Dr Mahmoud di pekarangan bilik mayat Hospital Selayang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia