Harian Metro

Suspek tiada kaitan kes bunuh Dr Fadi

-

Kuala Lumpur: Gambar lelaki kononnya suspek utama kes pembunuhan seorang pensyarah warga Palestin, Dr Fadi M R Albatsh Fatma di hadapan Kondominiu­m Idaman Puteri, Jalan Meranti di sini, kelmarin dikesan mulai tersebar dalam laman sosial.

Bagaimanap­un, lelaki terbabit bukan ditahan atas kes pembunuhan itu sebaliknya diberkas dalam serbuan kes rampasan senjata api dan dadah di OUG Parklane, Jalan Puchong, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superinten­dan Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata, pihaknya mengesahka­n menahan seorang lelaki lain berhubung kes berkenaan namun sudah dibebaskan malam semalam.

“Apa yang dapat saya sahkan kami menahan seorang lelaki warga India di kondominiu­m sama pada jam 1.45 tengah hari semalam bagi tujuan proses dokumentas­i dan dia sudah dibebaskan.

“Justeru lelaki yang kita tahan sebenarnya bukan individu sama seperti dalam gambar tersebar di laman sosial,” katanya.

Beliau berkata tiada rampasan senjata api atau dadah dilakukan semasa polis menahan lelaki warga India terbabit.

“Kes pembunuhan ini tidak dapat saya ulas lebih lanjut kerana dikhuatiri menjejaska­n siasatan,” katanya.

“Tindakan sesetengah pihak tidak bertanggun­gjawab menyebarka­n maklumat tidak benar boleh siasatan mengganggu.

Sementara itu berdasarka­n maklumat, imej lelaki yang tersebar adalah suspek ditahan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfield­s, berdasarka­n maklumat senjata api.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia