Harian Metro

Bukan pakar roket, dron

-

tu dakwaan palsu dan tidak berasas!’ kata Pengerusi Humanitari­an Care Malaysia (MyCARE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berhubung kenyataan media asing yang mendakwa imam dari Palestin, Dr Fadi M R Albatsh Fatma adalah pakar pembuat roket dan dron.

Menurutnya, Dr Fadi adalah seorang pakar dalam bidang sumber tenaga boleh diperbahar­ui yang arif berkaitan kejurutera­an jana kuasa.

“Sejak berita kematian arwah tersebar, pelbagai berita sensasi dikeluarka­n mengenai mangsa termasuk dakwaan Dr Fadi adalah pakar pembuat roket dan dron yang dilaporkan media asing.

“Kenyataan itu sama sekali tidak benar. Dr Fadi adalah seorang yang cintakan keamanan...mana mungkin dia akan meletakkan risiko dirinya serta warga Palestin lain yang berada di Malaysia dengan membabitka­n diri membuat senjata api. Tindakan itu akan menjadikan dia sebagai sasaran musuh,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat MyCARE di sini, semalam.

Dr Hafidzi berkata, Dr Fadi mempunyai rekod pencapaian akademik dan profesiona­l cemerlang dalam bidang sumber tenaga boleh diperbahar­ui dan berhasrat untuk menyumbang kepada pembanguna­n di tanah airnya.

“Kami tidak menolak kemungkina­n kebolehan dan sumbangan sama ada secara akademik mahupun bantuan kemanusiaa­n kepada umat Islam menyebabka­n dia menjadi sasaran Zionis Israel berdasarka­n modus operandi pembunuhan­nya yang mungkin dirancang ejen perisikan Mossad Israel. “Malah, sebelum ini dia pernah menyuaraka­n kebimbanga­n apabila diserang helikopter Apache selain

peristiwa pembunuhan 18 ahli keluargany­a di Gaza pada 2009, sekali gus menguatkan teori berkenaan,” katanya.

Beliau menyeru kepada kerajaan supaya menyelesai­kan kes itu dengan segera dan memastikan kejadian terbabit tidak berulang termasuk dalam aspek keselamata­n pihak yang memperjuan­gkan nasib rakyat Palestin.

Dalam kejadian jam 6 pagi semalam, Dr Fadi yang juga pensyarah di Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UNIKL BMI) ditembak mati dua lelaki menaiki motosikal berkuasa tinggi ketika berjalan menuju ke surau untuk menunaikan solat Subuh berhampira­n kediamanny­a di Setapak, Kuala Lumpur.

 ?? FOTO: ZUNNUR AL SHAFIQ ?? RAKAN dan pelajar bersesak untuk menziarahi jenazah Dr Fadi
M R Albatsh Fatma di unit perubatan Forensik Hospital Selayang, semalam.
FOTO: ZUNNUR AL SHAFIQ RAKAN dan pelajar bersesak untuk menziarahi jenazah Dr Fadi M R Albatsh Fatma di unit perubatan Forensik Hospital Selayang, semalam.
 ??  ?? DR Hafidzi
DR Hafidzi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia