Harian Metro

Pindah maklumat ke pihak ketiga

-

Kuala Lumpur: Wujud

yang disertakan di dalam pelbagai aplikasi semata-mata untuk menyimpan data milik pengguna, butiran diri serta barangan peribadi yang berisiko dijual kepada pihak lain.

Pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia Dr Azizol Abdullah berkata, dalam keghairaha­n memuat turun sesuatu aplikasi, seseorang itu tidak sedar sebenarnya dia sedang memindahka­n maklumat peribadi kepada pihak ketiga kerana ia dilakukan dengan cukup licik tanpa diketahui.

Katanya, dalam keadaan biasa, orang ramai tidak dapat mengetahui telefon pintar mereka sedang diselongka­r pihak lain kerana terdapat di dalam pelbagai aplikasi dicipta untuk mengakses sesuatu peranti.

“Maklumat yang ada pada kita biasanya kita anggap sulit, tetapi tidak kepada mereka yang terdiri daripada pakar teknologi maklumat kerana semuanya boleh diakses tanpa perlu meminta kebenaran.

“Setiap kali kita muat turun aplikasi, akan ada syarat tertentu diminta kepada kita atau kita tidak dibenarkan menggunaka­nnya. Bagi yang memerlukan servis dari aplikasi itu, dia akan benarkan saja tanpa diketahui apa kesannya pada masa depan,” katanya.

Azizol berkata, isu privasi itu juga menjadi perbincang­an di dalam Revolusi Industri Keempat kerana semua akan bergantung kepada peranti elektronik sepenuhnya menggantik­an sistem sedia ada.

“Apa jua perubahan di dalam sistem, kita perlu peka dan berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa jenayah moden ini yang berpunca daripada kelalaian kita sendiri,” katanya.

 ??  ?? DR Azizol
DR Azizol

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia