Harian Metro

Impak besar 23 projek

- Shaarani Ismail shaarani@nstp.com.my

Ipoh: Pembinaan Lebuhraya Pantai Barat (WCE) menghubung­kan Taiping, Perak dengan Banting, Selangor yang dijangka siap pada Ogos tahun depan bakal memacu pembanguna­n dan limpahan ekonomi kepada penduduk khususnya di sepanjang jajarannya.

Daripada kos keseluruha­n RM5.044 bilion, sebanyak RM1.922 bilion membabitka­n pakej pembinaan WCE di Perak manakala RM3.122 bilion lagi bagi pakej pembinaan di Selangor.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemudahan Awam, Infrastruk­tur, Tenaga dan Air, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, berkata jajaran WCE di Perak adalah sepanjang 139.2 kilometer (km).

Beliau berkata, ia dibina secara serentak membabitka­n lima pakej iaitu pakej lapan hingga 12, yang membabitka­n pembinaan 11 susur keluar dan persimpang­an bertingkat selain tiga kawasan rehat dan rawat (R&R).

Katanya, 11 persimpang­an bertingkat akan dibina di Hutan Melintang, Teluk Intan, Kampung Lekir, Sitiawan Selatan, Sitiawan Utara, Changkat Cermin, Kinta Barat, Beruas, A130, Trong dan Taiping selatan.

“Pembinaan WCE ini akan berupaya meningkatk­an peluang pekerjaan dalam kalangan penduduk setempat khususnya pekerja mahir dan separa mahir.

“Selepas siap kelak, kemudahan itu bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan termasuk sektor penyelengg­araan lebuh raya dan perniagaan di kawasan R&R yang terbabit,” katanya, di sini.

Zainol Fadzi berkata, WCE akan memberikan limpahan pembanguna­n kepada penduduk sekitar ditambah dengan peningkata­n nilai hartanah di sepanjang jajaran selain pembanguna­n sosio ekonomi setempat.

“Ia juga memendekka­n tempoh waktu perjalanan khususnya buat penduduk di daerah

Hilir Perak dan Bagan Datuk.

“WCE juga diharapkan dapat memacu dan menyemarak­kan lagi potensi sektor pelanconga­n di Hilir Perak dan Bagan Datuk yang sebelum ini dikenali, tetapi tidak dapat diakses dengan mudah kerana tiada kemudahan laluan lebuh raya menyambung­kan beberapa lokasi secara terus.

“Sebagai contoh Teluk Intan, kita ada Menara Condong yang menjadi ikon pelanconga­n yang cukup dikenali manakala di Bagan Datuk ada Jeti Bagan Datuk, Batu Bertenggge­k, Beting Beras Basah dan beberapa lagi yang pasti dapat diketengah­kan dengan lebih

Ipoh

Sebanyak 23 projek berimpak tinggi membabitka­n kos keseluruha­n RM4.7 bilion dilaksanak­an di Perak menerusi Rancangan

Malaysia Ke-11 (RMKe-11).

Sebanyak 10 daripada projek yang memberi manfaat besar kepada penduduk itu dilaksanak­an di bawah Kementeria­n Kerja Raya membabitka­n peruntukan sebanyak RM1.84 bilion.

 Babit kos keseluruha­n RM4.7 bilion dilaksanak­an di Perak menerusi RMKe-11

 ??  ??
 ??  ?? SISTEM saliran serta
pembanguna­n lembangan sungai di seluruh Perak turut diberikan keutamaan.
SISTEM saliran serta pembanguna­n lembangan sungai di seluruh Perak turut diberikan keutamaan.
 ??  ?? PROJEK Lebuhraya Pantai Barat menghubung­kan Taiping dengan Banting dijangka siap pada Ogos tahun depan.
PROJEK Lebuhraya Pantai Barat menghubung­kan Taiping dengan Banting dijangka siap pada Ogos tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia