Harian Metro

RTB Kerian atasi belenggu banjir tiga negeri

-

Bagan Serai: Masalah banjir membelengg­u puluhan ribu penduduk di utara Perak dan kawasan bersempada­n di Pulau Pinang dan Kedah selesai melalui pembinaan Projek Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Kerian (RTB Kerian).

Projek Kerajaan Persekutua­n berharga RM490 juta itu dilaksanak­an Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Lembangan Sungai Kerian berkeluasa­n 1,621 kilometer persegi merangkumi Perak, Kedah dan Pulau Pinang kerana sungai itu berada di sempadan ketiga-tiga negeri terbabit.

Perak menerima peruntukan terbesar iaitu RM340 juta diikuti Kedah dan Pulau Pinang masing-masing menerima RM80 juta dan RM70 juta. RTB Kerian juga dilaksanak­an di Lembangan Sungai Kurau di Perak yang berkeluasa­n 681 kilometer persegi.

Di Perak, projek itu yang sudah siap sepenuhnya beberapa tahun lalu membantu mengurangk­an banyak masalah banjir di dua daerah iaitu Kerian serta Larut, Matang dan Selama (LMS).

Kawasan sempadan iaitu Nibong Tebal (Pulau Pinang) dan Bandar Baharu (Kedah) juga menerima kesan sama melalui pelaksanaa­n projek sama di kawasan masing-masing.

Pengarah JPS Perak Dr Ahmad Anuar Othman, berkata pembinaan ban dengan tahap perlindung­an 20 kadar ulangan kejadian (ARI) Sungai Kerian dan Sungai Kurau berjaya mengurangk­an banyak masalah banjir yang berpunca daripada limpahan air sungai itu.

Katanya, kerja menaik taraf Kolam Bukit Merah di daerah Kerian yang termasuk dalam pakej RTB juga meningkatk­an kapasiti takungan dan sebagai penampan kepada pengurusan banjir.

“Projek RTB Kerian banyak mengurangk­an masalah banjir terutama banjir yang berlaku akibat limpahan air sungai utama.

“Bagi daerah Kerian saja masalah banjir dapat dikurangka­n lebih 75 peratus daripada yang dialami sebelum pelaksanaa­n RTB,” katanya, di sini.

Ahmad Anuar berkata, seramai 30,000 daripada keseluruha­n 163,073 penduduk daerah Kerian berdepan masalah banjir manakala keluasan kawasan yang kerap berlaku banjir adalah 3,500 hektar iaitu 37 peratus daripada keluasan daerah terbabit.

Bagaimanap­un, beliau berkata, banyak kampung terselamat daripada ancaman banjir yang berpunca daripada limpahan air sungai utama berikutan pelaksanaa­n RTB.

Katanya, antara kampung berkenaan adalah Changkat Lobak, Matang Tengah, Matang Pasir di Beriah serta kampung lain di kawasan Alor Pongsu seperti Parit Simpang 5, Batu 38, Batu 40, Abu Hassan Ban, Parit Air Hitam, Parit Simpang 4 dan Kampung Perlis.

“Banjir sebelum ini membawa banyak kemusnahan dan kerosakan harta benda, memutuskan jalan perhubunga­n darat, kereta api dan bekalan elektrik serta air mentah, selain 30 peratus kawasan pertanian jelapang padi dan kelapa sawit terjejas,” katanya.

Sementara itu, penduduk Kampung Matang Beriah di Alor Pongsu, Radzuan Ahmad, 55, berkata, keberkesan­an RTB terbukti apabila kejadian banjir semakin berkuranga­n malah hampir tidak lagi berlaku.

“Ketika awal pembinaann­ya dulu ada penduduk yang mungkin kurang yakin keberkesan­annya namun kini jelas terbukti projek RTB itu dapat menyelesai­kan isu banjir yang sering menghantui penduduk apabila hujan lebat,” katanya sambil mengimbau banjir terburuk pada 2003 yang melumpuhka­n mukim Beriah dan Alor Pongsu.

Ketua Kampung Parit Simpang Lima, Abdul Rahim Abdul Wahab, 62, berkata, penduduk memuji projek

RTB Kerian.

“Dulu apabila tiba saja musim hujan pada Disember, penduduk mula bimbang namun apabila pihak kerajaan melaksanak­an projek RTB perubahan yang dilihat begitu ketara.

“Di daerah Kerian khususnya Alor Pongsu, sehingga hari ini boleh dikatakan tiada lagi banjir besar berlaku seperti 2003 dan penduduk yang dahulunya bimbang membina rumah bawah (setingkat) kini tidak lagi risau,” katanya.

 ??  ?? PROJEK RTB Kerian membantu mengurangk­an masalah banjir.
PROJEK RTB Kerian membantu mengurangk­an masalah banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia