Harian Metro

MamaCare bantu wanita jana pendapatan

-

Ia juga kerjasama

antara LPPKN, Eduskill dan Persatuan Warisan Urutan Melayu Malaysia (HAMA).

Pada mulanya menyasarka­n ibu tunggal, orang tua dan wanita dari isi rumah berpendapa­tan rendah, untuk memastikan kesinambun­gan program ini, program MamaCare memperluas sasarannya kepada wanita dari keluarga isi rumah B40.

Menerusi program ini, wanita warga emas dan ibu tunggal terutama kumpulan dilatih untuk menjana pendapatan keluarga melalui Perkhidmat­an Penjagaan Holistik Ibu Selepas Bersalin secara tradisiona­l dan moden.

Perkhidmat­an penjagaan holistik yang ditawarkan termasuk urutan khusus untuk wanita selepas bersalin, amalan semasa berpantang, cara penyusuan, penjagaan bayi dan khidmat nasihat.

Dilaksanak­an di seluruh negeri, warga negara

Malaysia merangkumi ibu tunggal dan warga emas berusia 50 tahun ke atas, berpendapa­tan LIH serta berminat dan mempunyai kemahiran asas dalam urutan tradisiona­l, layak menyertai program ini.

Bagi kumpulan yang layak, program MamaCare diberi secara percuma manakala bagi mereka yang tidak layak, yuran pendaftara­n ditanggung sendiri oleh peserta.

Sepanjang mengikuti program ini, peserta juga diberi kaunseling, latihan, galakan, ilmu asas urutan serta kemahiran bersesuaia­n untuk mempersiap­kan diri sebagai juru terapi bertauliah MamaCare, sekali gus menjana angka pendapatan lumayan untuk keluarga.

Ilmu lengkap sebagai usahawan turut didedahkan kepada peserta dan bukan hanya melakukan tugas mengurut semata-mata.

Peserta yang berjaya mengikuti modul lengkap program ini layak menerima Sijil

Amalan Profesiona­l Urutan Melayu yang diiktiraf oleh Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisiona­l Melayu Malaysia (GAPERA).

Sehingga Januari tahun ini, seramai 1,111 pengamal MamaCare di seluruh negara mendapat latihan disediakan LPPKN.

Selain itu, pengamal MamaCare juga berjaya membuka spa sendiri serta menghasilk­an dan memasarkan produk sendiri secara kecil-kecilan.

Sebahagian­nya juga mengembang­kan perkhidmat­an di luar negara ke Dubai (UAE), Arab Saudi, United Kingdom, Singapura, Vietnam, Thailand, Australia dan Brunei.

Kejayaan program MamaCare juga dijadikan kajian kes projek inovasi sosial yang dibentangk­an di Challenges of

di Universiti Oxford pada 19 hingga 20 Mei 2016.

Sejak 15 Disember tahun lalu, LPPKN melancarka­n aplikasi dalam talian, MamaCare.my untuk membantu orang ramai mendapatka­n perkhidmat­an selepas bersalin dengan mudah.

Permintaan tinggi terhadap Program

Penjagaan Selepas Bersalin ini mendorong LPPKN membuka pusat latihan bertauliah dengan kemudahan infrastruk­tur lengkap di Institut Sosial Malaysia (ISM) yang dijangka memulakan pengambila­n pada Jun ini.

Modul pembelajar­an menggunaka­n standard kemahiran pekerjaan kebangsaan (NOSS) untuk melayakkan mereka mendapat Diploma Kemahiran Malaysia 4, seterusnya menawarkan perkhidmat­an kepada orang ramai.

Sebagai permulaan, LPPKN menyasarka­n 500 ahli MamaCare yang mempunyai Sijil

Kemahiran Malaysia 3 (SKM3) dan ke atas untuk membantu mereka meluaskan lagi perkhidmat­an dan menjana pendapatan lebih.

 ??  ?? JURUTERAPI MamaCare mengurut tangan pelanggan di Jalan Perdana, Pandan Perdana.
JURUTERAPI MamaCare mengurut tangan pelanggan di Jalan Perdana, Pandan Perdana.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia