Harian Metro

Tendang terajang politik

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

 Bekas atlet percaya ada kelebihan raih undi jika turun bertanding

Pembabitan atlet dalam bidang politik bukan perkara baru di negara ini namun tidak ramai yang dilihat mempunyai kecenderun­gan ke arah itu.

Bekas pemain bola sepak negara Datuk Soh Chin Aun, Samransak Kram dan Datuk Jamal Nasir Ismail selain bekas pelari pecut negara Datuk Ellron Alfred Angin antara bekas atlet terkenal yang menjadi ahli politik selepas bersara daripada sukan.

Jamal ketika dihubungi semalam berkata, atlet mempunyai 20 hingga 30 peratus peluang memenangi sesebuah kerusi yang ditandingi berbanding orang biasa.

“Ini kerana mereka sudah ada penyokong sendiri dan ia akan membantu mereka dalam karier politik pula,” katanya.

Jamal yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Pahang dari 1995 hingga 1999 berkata, beliau percaya populariti­nya sebagai ahli sukan membawa kemenangan besar kepada dirinya dalam pilihan raya.

“Atlet mampu menjadi ahli politik yang berjaya jika mereka memilih parti politik yang mempunyai kekuatan dan pengaruh besar.

“Contohnya pemain bola sepak sesuai menjadi ahli politik kerana bidang sukan itu mempunyai pengikut yang ramai,” katanya.

Menurutnya, untuk menjadi ahli politik yang berjaya, mereka perlu menjadi seseorang yang dikenali serta mempunyai peminat dan atlet lazimnya memenuhi kriteria berkenaan.

Ellron pula berkata, populariti seorang atlet akan membantu kemenangan­nya di peringkat awal namun bagi menjamin kerusinya untuk penggal seterusnya, ia bergantung kepada kerajinan mereka turun padang membantu rakyat.

“Atlet dan pemimpin ada banyak persamaann­ya di mana kedua-dua kerjaya itu perlu disiplin tinggi dan fokus dengan apa yang dilakukan.

“Bagi atlet, dia fokus dengan latihan untuk memenangi kejohanan atau acara sukan manakala ahli politik, dia fokus kepada kebajikan rakyat untuk memenangi hati dan kepercayaa­n mereka,” katanya.

Beliau berkata, atlet yang menyertai politik terutama pernah bersinar di peringkat antarabang­sa mempunyai potensi tinggi untuk memenangi pilihan raya jika dipilih sebagai calon.

Katanya, populariti akan membantu namun mereka perlu memastikan memenuhi semua kriteria sebagai pemimpin khususnya berjiwa rakyat.

“Saya memang harapkan lebih ramai atlet tempatan menceburi bidang politik namun terpulang kepada minat masing-masing,” katanya yang menyandang jawatan ADUN Sook, Sabah sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi MARA, Shah Alam Mohd Sadek Mustaffa menyifatka­n pembabitan atlet dalam politik akan membawa satu transforma­si kepada dunia politik di negara ini.

Menurutnya, pengundi muda di bawah 40 tahun mahukan transforma­si dalam senario politik daripada pemimpin yang ortodoks kepada pemimpin yang menepati janji mereka.

“Kebiasaann­ya atlet tidak tahu sandiwara politik dan mereka akan lebih telus dan amanah seperti mana disip- lin yang sudah diterapkan dalam diri mereka ketika berada di lapangan.

“Jadi, disiplin itu akan membentuk mereka menjadi pemimpin yang lebih berwibawa,” katanya.

Pada PRU14, bekas pemain tengah pasukan bola sepak kebangsaan Radhi Mat Din akan bertanding bagi kerusi Parlimen Pokok Sena dengan mewakili PAS.

 ?? Jamal ?? AKSI Chin Aun ketika mewakili pasukan
kebangsaan.
Jamal AKSI Chin Aun ketika mewakili pasukan kebangsaan.
 ??  ?? Atlet mampu menjadi ahli politik yang berjaya jika mereka memilih parti politik yang mempunyai kekuatan dan pengaruh besar” JAMAL menjulang Piala Malaysia 1983.
Atlet mampu menjadi ahli politik yang berjaya jika mereka memilih parti politik yang mempunyai kekuatan dan pengaruh besar” JAMAL menjulang Piala Malaysia 1983.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia