Harian Metro

Belajar urus wang

- Mohamed Farid Noh farid_noh@nstp.com.my

 157 murid SK Seri Pandan sertai Program MNRB Ringgit Savvy

Seramai 157 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pandan, Parit Raja dekat sini, menyertai Program MNRB Ringgit Savvy yang menumpukan pada permainan interaktif pelaburan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2018 (MSAM) di sekolah itu, semalam.

Program anjuran MNRB Holdings Berhad (MNRB) yang masuk edisi ketujuh itu adalah program khidmat sosial syarikat berkenaan yang diadakan setiap kali MSAM dianjurkan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MNRB, Mohd Din Merican berkata, program itu bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid sekolah rendah mengenai aspek menabung dan kaedah pengurusan wang bijak.

“Menerusi program ini, murid didedahkan dengan aktiviti permainan interaktif berkonsep ‘Snake & Ladder’ dinamakan ‘King & Dragon’.

“Ia memerlukan mereka bekerjasam­a membuat keputusan serta menjawab soalan berkaitan melabur dan kepentinga­n menyimpan wang.

“MNRB Ringgit Savvy adalah usaha serta cara kami memberi galakan kepada murid supaya mengamalka­n sikap suka menabung pada usia muda, selain memberi pendedahan mengenai asas pelaburan dengan cara paling mudah dan interaktif.

“Aktiviti permainan interaktif sebegini lebih menyeronok­kan dan mampu menarik perhatian murid berbanding jika dilakukan ceramah. Ia diharap mendidik mereka bijak menguruska­n kewangan sejak usia muda,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Unit Amanah Saham Bumiputera (ASB), Bahan Bacaan dan Peralatan Sukan di SK Seri Pandan.

Turut hadir, Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Kewangan, Modal Insan dan IT Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Mohd Nizam Zainordin dan Guru Besar SK Seri Pandan, Julia Sarju.

Pada majlis itu, Mohd Din menyampaik­an sumbangan MNRB termasuk ASB berjumlah RM20 setiap seorang kepada semua 157 murid sekolah berkenaan.

MNRB juga memberi sumbangan tajaan langganan akhbar Berita Harian (BH), buku Didik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) BH, 20 pasang kasut sukan bagi pasukan olahraga sekolah itu selain buku Bahasa Inggeris untuk Pusat Sumber SK Seri Pandan.

Sementara itu, Julia memuji inisiatif MNRB yang prihatin terhadap keperluan murid sekolahnya yang terletak di kawasan luar bandar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia