Harian Metro

Bukan lagi angan-angan

-

Batu Pahat: “Impian memiliki hartanah termasuk rumah bagi golongan Bumiputera kini bukan lagi angan-angan Mat Jenin, ” kata selebriti terkenal, Datuk Rosyam Noor.

Rosyam yang juga Idola Permodalan Nasional

Berhad Developmen­t (PNBD) berkata, kewujudan syarikat hartanah prihatin seperti PNBD membolehka­n impian yang selama ini hanya mampu diangan-angankan kebanyakan golongan terutama generasi muda, kini bukan lagi suatu yang mustahil untuk dicapai.

Katanya, generasi muda hari ini bertuah berikutan banyak skim serta kemudahan turut diperkenal­kan kerajaan bagi membantu golongan berkenaan membeli rumah termasuk skim pembiayaan kediaman pertama.

“Lebih menarik syarikat hartanah seperti PNBD turut memperkena­lkan skim rumah mampu miliknya, PNB Value Homes bagi membolehka­n bukan saja golongan muda malah rakyat berpendapa­tan sederhana di negara ini memiliki kediaman.

“Memiliki impian atau cita-cita adalah penting bagi membolehka­n kita berusaha keras mendapatka­nnya.

“Jadi saya amat tidak bersetuju jika ada pihak menyatakan impian orang muda miliki rumah pada masa kini hanya angan-angan Mat Jenin kalau hanya berbekalka­n pendapatan sederhana.

“Apa yang penting harus kuat berusaha, bijak mencari peluang dan teliti memilih syarikat hartanah yang menawarkan skim perumahan terbaik. Malah hartanah seperti rumah adalah pelaburan terbaik untuk masa depan,” katanya dalam sesi perkongsia­n Idola Pelaburan PNBD di Stadium Batu Pahat, semalam.

Pada majlis yang dihadiri 1,000 pengunjung itu, penyanyi kelahiran Batu Pahat, Najwa Latif turut menghiburk­an tetamu dengan lagu popularnya termasuk Sahabat dan lagu baharunya, Jauh.

Turut hadir, Ketua

Pegawai Eksekutif PNBD, Mohd Salem Kailany.

Sementara itu, Rosyam turut berkongsi kisah seorang kakitangan PNBD, Ahmad Shahidin Abd Rahim yang berjaya menggapai impiannya membeli kediaman pertama walaupun baru bekerja tiga bulan.

Ahmad Shahidin, 25, yang berkhidmat di Bahagian Pengurusan Khidmat Pelanggan PNBD berkata, beliau bersyukur kerana impian besarnya terlaksana dengan skim perumahan mampu milik PNBD, PNB Value Homes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia