Harian Metro

Kibaran lesap

- Khairul Najib Asarulah Khan cnews@nstp.com.my

 100 bendera BN hilang dalam enam jam

Dalam tempoh enam jam, 100 bendera Barisan Nasional (BN) hilang di sekitar kawasan Kampung Baru Mambau di sini, pagi semalam.

Kejadian disedari ketua kampung, Chan Ti Meen, jam 7 pagi apabila mendapati bendera BN yang dipasang sejak tiga hari lalu tiada di sekitar kawasan kampung.

Ketua Penerangan MCA negeri, Dafney Ho berkata, kejadian berlaku antara jam 1 hingga 7 pagi berikutan sebelum itu dia berada di Bilik Gerakan MCA Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambau.

“Ketika mahu pulang jam 1 pagi tadi (semalam) saya lihat bendera BN yang dipasang di sekitar kampung itu masih ada namun pagi tadi (semalam) saya dimaklumka­n bendera itu hilang.

“Lebih mengejutka­n kita menemui kesan bendera ini dibakar dan laporan polis dibuat jam 9.10 pagi tadi (semalam) di Balai Polis Mambau,” kata Dafney pada sidang media di Bilik Gerakan MCA DUN Mambau di sini.

Menurutnya, dia tidak pasti perbuatan itu dilakukan pihak lawan atau mereka yang tidak puas hati terhadap kumpulanny­a.

“Jika tidak puas hati atau menghadapi sebarang masalah jumpa kami, bukannya melakukan perbuatan sedemikian,” katanya.

Menurutnya, untuk mengelak tragedi itu berulang mereka akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa lokasi di kawasan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan terbabit dan pihaknya sedang menjalanka­n siasatan lanjut. Barisan Nasional (BN) Johor akan mengumumka­n 82 calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Setiausaha Perhubunga­n BN negeri Datuk Md Jais Sarday berkata, majlis pengumuman calon BN Johor bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan di Ibu Pejabat Badan Perhubunga­n UMNO di sini.

“Majlis akan diadakan pada Isnin (hari ini), jam 10.00 pagi,” katanya pada kenyataan ringkas.

Dijangkaka­n beberapa nama bagi kerusi Parlimen dan DUN akan digugurkan dan menyaksika­n beberapa muka baru diumum sebagai calon.

Johor memiliki 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi DUN dan pada PRU13, BN memenangi 21 kerusi Parlimen (kini 20) dan 38 kerusi DUN (kini 37).

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia