Harian Metro

Keputusan muktamad

- Ruwaida Md Zain cnews@nstp.com.my

Barisan Nasional (BN) Selangor akan mengumumka­n calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) hari ini.

Pengerusin­ya, Tan Sri Noh Omar berkata, keputusan pemilihan itu muktamad dan berharap semua ahli parti memberi sokongan kepada calon yang bakal diumumkan.

“Esok (hari ini) saya akan umumkan calon BN Selangor jam 10 pagi di tingkat 3 Bangunan UMNO Selangor.

“Keputusan ini adalah muktamad dan kita tidak akan melayan sebarang rayuan kerana penapisan untuk menjadi calon dibuat secara teliti oleh pucuk pimpinan.

“Justeru, kita kena terus berjuang dan akur dengan keputusan tertinggi itu,” katanya pada sidang media selepas Sesi Townhall bersama JPP dan JKKKP di sini, semalam.

Noh berkata, empat Ketua UMNO bahagian menemuinya lebih awal untuk tidak bertanding sebaliknya mahu bekerja untuk parti.

“Ada ketua bahagian beritahu saya lebih awal, mereka hendak bekerja untuk parti dan mereka tidak berminat (bertanding).

“Mereka ialah Ketua UMNO Bahagian Kapar Datuk Faizal Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunus serta Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor Datuk Ishak Harun.

“Ketua Wanita UMNO negeri Datuk Norhayati Onn, Ketua Pemuda UMNO negeri Zainuri Zakaria, Ketua Puteri UMNO negeri Salbiah Saari dan Naib Ketua Puteri UMNO Datuk Zahida Zarik Khan juga datang berjumpa saya memaklumka­n mereka juga tidak mahu bertanding,” katanya.

Beliau menjangkak­an sekurang-kurangnya enam calon wanita BN Selangor bakal bertanding pada pilihan raya kali ini manakala sebahagian besar penyandang juga kekal di kedudukan kerusi masing-masing.

Ditanya kemungkina­n berlaku sabotaj, Noh berkata, pemantauan akan dilakukan supaya tidak berlaku keadaan itu.

“Kita akan pantau mana-mana pihak yang cuba sabotaj parti dan mengambil tindakan jika terbukti calon

 BN Selangor umum calon hari ini

disabotaj. Tiada tolak ansur,” katanya.

Dalam pada itu, Noh berkata, semua calon dari UMNO yang diumumkan juga perlu menandatan­gani aku janji khas supaya tidak menentang sesama mereka bagi pemilihan UMNO akan datang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia