Harian Metro

Mat Sabu bertanding di Kota Raja

-

Shah Alam: Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu, diumumkan sebagai calon bertanding di Parlimen Kota Raja pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Selain Mohamad, pengumuman oleh Pengerusi PAN Selangor, Izham Hashim, semalam turut mengumumka­n empat calon dari partinya yang bertanding di kerusi Parlimen.

Mereka ialah bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad yang akan bertanding semula di Parlimen itu.

Penyandang Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan penyandang Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin yang sebelum ini bertanding atas tiket PAS akan bertanding di kawasan masing-masing manakala Naib Presiden PAN, Hasanuddin Mohd Yunos bertanding di Parlimen Hulu Langat.

Pada majlis itu, PAN turut mengumumka­n wakil untuk bertanding di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, termasuk penyandang Hulu Klang, Shaari Sungib dan penyandang Morib, Hasnul Baharuddin yang sebelum ini mewakili PAS.

Penyandang Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud ditempatka­n di DUN Seri Serdang, Ketua PAN Sabak Bernam Ahmad Mustain Othman (DUN Sabak), Naib Pengerusi PAN Selangor Mariam Abdul Rashid (DUN Sungai Panjang), Timbalan Ketua PAN Hulu Selangor Amran Sakit (DUN Hulu Bernam).

Izham sendiri bertanding di DUN Pandan Indah, Ketua Pemuda PAN Mohd Sany Hamzan (DUN Taman Templer), Ketua PAN Serdang Mazwan Johar (DUN Sungai Ramal) dan Pengerusi Biro Dakwah PAN Selangor Mohd Fakhrulraz­i Mohd Mokhtar (DUN Meru).

Sementara itu, Mohamad berkata, beliau menerima keputusan yang ditetapkan parti untuk mempertaru­hkannya di Parlimen terbabit.

Beliau turut menafikan pencalonny­a itu di ‘tempat selamat’ berikutan penyandang Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah memperoleh kemenangan majoriti besar pada PRU lalu iaitu sebanyak 29,395 undi.

“Tak tahu (Kota Raja) selamat atau tidak. Bergantung kepada sokongan rakyat di situ.

“Siti Mariah kena kerja kuat (DUN Seri Serdang). Ini soal dalam parti dan kita akan uruskan,” katanya.

 ??  ?? MOHAMAD Sabu
MOHAMAD Sabu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia