Harian Metro

Ditembak 3 das

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor cnews@nstp.com.my

 Suami isteri ketakutan kenderaan sasaran peluru di persimpang­an lampu isyarat

Seorang peniaga dan isterinya ketakutan apabila seorang lelaki yang tidak dikenali melepaskan tiga das tembakan ke arah kereta dinaiki mereka di persimpang­an lampu isyarat di sebuah pusat membeli-belah di sini, kelmarin.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, dalam kejadian jam 6.30 petang, mangsa berusia 46 tahun dan isteri, 40-an menaiki kereta BMW dari Kuala Sawah, Rantau menghala ke Seremban.

Katanya, sebaik berhenti di lampu isyarat, lelaki berusia lingkungan 20-an yang menunggang motosikal menghampir­i kenderaan mangsa lalu melepaskan tiga das tembakan di bahagian belakang.

“Lelaki itu yang memakai jaket hitam berhenti di sebelah kiri kereta dan mangsa ternampak dia memegang pistol. Suspek kemudian beredar dalam keadaan jalan sesak dan hujan lebat,” katanya.

Noor Azam berkata, pemeriksaa­n mendapati terdapat tiga kesan tembakan di bahagian belakang kenderaan menyebabka­nnya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini.

“Siasatan mendapati mangsa adalah pemilik syarikat import kepala lori sejak 2009 dan mempunyai rangkaian bersama beberapa syarikat lain. Mangsa memberitah­u tidak berdepan sebarang masalah sejak perniagaan itu diusahakan,” katanya.

Menurut Noor Azam, isteri mangsa memberitah­u suaminya gemar melakukan kerja amal dan menderma kepada mereka yang memerlukan.

“Pihak polis masih menjalanka­n siasatan membabitka­n semua sudut. Kita akan mengenal pasti sama ada punca disebabkan masalah perniagaan, hutang, dendam dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

 ??  ?? LOKASI kejadian kereta milik peniaga ditembak, semalam.
LOKASI kejadian kereta milik peniaga ditembak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia