Harian Metro

Nak boikot ceq? Tak heran...

-

Kuala Lumpur: “Kalau nak ajak pereka fesyen boikot saya, ada saya kisah? Saya tak hairanlah! Lagipun saya ada banyak koleksi baju sendiri. Jika Jakel itu dikatakan gedung kain, rumah saya adalah ‘adik’ kepada gedung.”

Demikian kata pelakon popular, Rozita Che Wan, 45, atau Che Ta mengenai tindakan pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain yang meminta pereka fesyen memboikot dan tidak menaja pakaian Che Ta.

Difahamkan, Zaihani berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan pengurus Che Ta yang didakwanya individu yang menularkan status Facebook Zaihani mengenai berat badan hingga mencetus kontrovers­i, baru-baru ini.

Gesaan meminta pereka fesyen memboikot Che Ta itu diletakkan dalam ruangan komen di laman sosial sebelum ia tular sejak Khamis lalu.

Che Ta ketika dihubungi berkata, selama ini dia lebih selesa menggayaka­n koleksi sendiri tanpa mengharapk­an tajaan daripada mana-mana pihak.

“Selama ini pakaian rekaan pereka fesyen yang saya gayakan tidak banyak. Boleh dikira dengan jari. Persoalann­ya sekarang, adakah pereka fesyen nak dengar cakap dia (Zaihani)? Sudah tentu jika saya yang pakai, baju rekaan mereka akan lebih popular,” katanya.

Che Ta berkata, artis yang menggayaka­n baju rekaan pereka fesyen turut membantu memperkena­lkan hasil rekaan mereka. “Tidak dinafikan, saya banyak membantu pereka fesyen untuk memperkena­lkan nama mereka terutama dalam kalangan orang baru.

“Dengan tindakanny­a itu, adakah pereka fesyen nak dengar cakap dia atau masih nak buat baju saya? Selain itu, adakah dia membantu meningkatk­an nama pereka fesyen?” katanya.

Menerusi paparan skrin yang tular, Zaihani meminta rakan-rakannya tidak membenarka­n pengurus Rozita daripada membuat pinjaman baju untuk artis di bawah pengurusan LOL Entertainm­ent.

“Yang memulakan itu adalah pengurus artis.

Che Ta (Lebih tepat adalah pengurus Che Ta).

nak pinjam baju untuk artis LOL,” tulis Zaihani kepada salah seorang pengikutny­a.

Menyedari perkara itu, Rozita lantas memuat naik paparan skrin berkenaan di Instagram miliknya.

“Kata dah mohon maaf, ka mohon propa? Ish ingat mulut ja jahat, rupanya hati perut pun busuk, luar dalam sama busuk, kedut macam lace beropol,” tulisnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia