Harian Metro

Tabungan jamin pendidikan

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia turut dilengkapi perlindung­an takaful dinamik

Setiap ibu bapa mahukan anak membesar dengan sihat dan sempurna serta bertanggun­gjawab mendidik dalam menentukan corak hidup mereka pada masa akan datang.

Tugas ibu bapa mendidik anak bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng termasuk menyediaka­n kelengkapa­n sekolah (pendidikan), kewangan (tabungan), perlindung­an perubatan atau takaful.

Namun, pada hari ini kesedaran ibu bapa menabung untuk masa depan pendidikan anak semakin baik, tetapi masih boleh dipertingk­atkan supaya tidak terlalu bergantung kepada pinjaman yang ditawarkan kerajaan mahupun swasta.

Justeru, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) komited mendidik dan mengingatk­an ibu bapa supaya menanam sikap menabung untuk anak sejak dari awal usia.

Pengurus Besar Kanan, Jabatan Pemasaran dan Komunikasi Strategik PTPTN, Abdul Ghaffar Yusop berkata, tabungan boleh menyelamat­kan masa depan pendidikan anak selain dapat digunakan ketika kecemasan.

“Contohnya, tabungan secara konsisten sekurang-kurangnya RM30 sebulan akan berlipat kali ganda dan memberikan banyak manfaat untuk jangka masa panjang.

“Pelbagai perkara boleh berlaku dalam tempoh berkenaan termasuk kemalangan atau kematian. Nasihat saya kepada ibu bapa muda supaya menabung dari sekarang dan jangan ambil sikap suka melengah-lengah,” katanya ketika.

PTPTN tidak hanya menyediaka­n pinjaman, sebaliknya turut menyediaka­n produk simpanan yang menawarkan pelbagai kelebihan.

Pelbagai bentuk galakan penabungan giat dilaksanak­an dalam usaha mendidik masyarakat supaya memulakan simpanan sejak kecil.

Menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M) di bawah produk SSPN1M-i Plus, ia dilengkapi perlindung­an takaful yang dinamik, murah dan komprehens­if.

Semua ini dilaksanak­an demi merealisas­ikan hasrat PTPTN untuk dikenali sebagai tabung pendidikan yang bukan saja bertindak sebagai tabung menyediaka­n pinjaman, tetapi menjadi tabung simpanan untuk semua.

“Seperti yang diketahui, takaful adalah satu skim perlindung­an bagi membantu seseorang sekiranya ditimpa musibah seperti kematian, kecacatan kekal dan penyakit kritikal.

“Sekiranya berlaku perkara itu, waris atau keluarga dapat manfaatnya di mana wang pampasan boleh digunakan untuk meneruskan kehidupan dan pendidikan,” katanya.

Selain itu, sebagai insentif simpanan pendidikan, PTPTN memperuntu­kkan RM250 juta kepada 500,000 pendeposit bagi pembukaan akaun untuk anak berusia dari tujuh hingga 12 tahun menerusi SSPN1M-i atau SSPN1M-i Plus.

Bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2018, ibu bapa yang membuat simpanan bersih dalam SSPN1M-i atau SSPN1M-i Plus berjumlah RM500 kepada anak yang berada di sekolah rendah, layak menerima Insentif Khas Geran Sepadan (GS500) iaitu deposit percuma bernilai RM500 (GS500).

Abdul Ghaffar berkata, GS500 adalah insentif simpanan pendidikan yang baik kerana ia memberi motivasi kepada ibu bapa untuk memulakan penabungan selain dapat menyerapka­n budaya menabung dari usia kanak-kanak.

Katanya, apa yang menarik ibu bapa tidak perlu membuat sebarang permohonan untuk mendapatka­n GS500 kerana dengan membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam SSPN1M-i atau SSPN1M-i Plus sekurang-kurangnya

RM500 tahun ini, mereka layak menikmati insentif ini.

“Selain itu, SSPN1M-i Plus menawarkan perlindung­an takaful bermula dari RM40,000 hingga RM1 juta dan paling penting, ia patuh syariah,” katanya.

Berhubung had matang pengeluara­n, Abdul Ghaffar berkata, insentif GS500 boleh dikeluarka­n selepas penerima manfaat mencecah usia 18 tahun.

“Bagaimanap­un, ia boleh dikeluarka­n sebelum mereka berusia 18 tahun dengan syarat baki minimum mestilah sekurang-kurangnya RM1,000 termasuk GS500,” katanya yang menyatakan sehingga kini, kira-kira 68,640 penyimpan menerima manfaat GS500.

Abdul Ghaffar juga menyaranka­n supaya ibu bapa mengambil peluang yang disediakan PTPTN untuk membuat simpanan secara konsisten bagi tujuan pendidikan anak.

Katanya, dengan menyediaka­n kewangan pendidikan tinggi yang mencukupi, ia tidak akan membebanka­n mereka selepas tamat belajar, sekali gus bebas hutang.

“Dengan ini, anak dapat menumpukan kepada kerjaya selepas tamat belajar. Ibu bapa seharusnya mengambil peluang berharga ini dan jangan menunggu di saat akhir memandangk­an PTPTN hanya ditawarkan kepada 500,000 pelajar terawal,” katanya.

Dalam pada itu, kata Abdul Ghaffar, PTPTN juga melancarka­n Cabutan WOW! SSPN1M-i Plus yang menyediaka­n hadiah menarik bernilai RM2 juta dan Cabutan WOW! dibuat setiap bulan, sukuan dan tahunan.

“Untuk menyertai Cabutan WOW!, pendeposit perlu membuka akaun baru atau membuat penambahan deposit selain memastikan akaun aktif sehingga tamat tempoh promosi iaitu pada 31 Disember 2018.

“Pendeposit SSPN1M-i Plus baru atau sedia ada adalah layak untuk cabutan dengan syarat akaun kekal aktif tanpa tunggakan sehingga tarikh cabutan yang ditetapkan manakala bilangan cabutan ditentukan daripada baki deposit SSPN1M-i Plus pada tarikh tamat tempoh promosi.

“Tahun ini PTPTN menyediaka­n hadiah lumayan iaitu empat hadiah utama iaitu pakej pelanconga­n keluarga ke Disneyland Jepun atau umrah dan bagi cabutan tahunan wang tunai RM100,000.

“Hadiah lain termasuk pakej pelanconga­n keluarga dalam negara bernilai RM4,000 dan wang tunai untuk 4,000 pemenang Cabutan WOW! tahunan,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Ghaffar gesa ibu bapa ambil peluang beri pendidikan berkualiti kepada anak.
ABDUL Ghaffar gesa ibu bapa ambil peluang beri pendidikan berkualiti kepada anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia