Harian Metro

Bala bencana tutur kata

-

Muflis adalah satu keadaan yang sangat buruk. Tiada sesiapa pun yang ingin menjadi muflis atau mahu bersahabat dengan orang muflis.

Menurut Kamus Dewan

Edisi Keempat, muflis adalah keadaan seseorang yang tidak berupaya membayar hutang atau bankrap.

Muflis bukan saja tidak mempunyai harta untuk diri sendiri, malah tidak mempunyai apa pun untuk membayar hutang kepada orang lain.

Itu muflis dalam kehidupan di dunia. Perkara lebih dibimbangk­an ialah apabila kita muflis di akhirat kelak.

Di sana nanti, setiap amalan baik dan buruk akan ditunjukka­n kepada kita walaupun sebesar zarah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihat­kan kepada mereka (balasan) amalan mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalannya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalannya).” (Surah az-Zalzalah, ayat 6-8)

Apa saja yang kita lakukan, pastikan ia perkara baik dan diiktiraf Islam. Mungkin kita ada tafsiran tersendiri mengenai maksud kebaikan.

Namun, ia mestilah dalam ruang lingkup yang ditafsirka­n agama.

Baginda bersabda yang bermaksud: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta.”

Sabda Rasulullah SAW: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada hari kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpahka­n darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat diselesaik­an kesalahann­ya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakka­n ke atasnya lantas dicampakka­n dia ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

Rupa-rupanya ada manusia yang banyak melakukan kebaikan ketika hidup di dunia, namun akan menjadi orang muflis di akhirat.

Golongan itu merasakan diri sudah memiliki banyak pahala kerana kebaikan yang dilakukan sepanjang hidup di dunia, namun rupa-rupanya mereka akan hidup menderita di dalam neraka.

Semua itu ada kaitannya dengan hubungan sesama manusia. Dalam usaha mencapai keredaan Allah SWT, bukan saja perlu menjaga hubungan dengan Allah SWT, malah hubungan sesama manusia.

Itulah antara perkara yang perlu dijauhi, apatah

 Usah termasuk golongan sia-sia segala amal ibadat di dunia Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan baik dan perbuatan jahat. Tolaklah (kejahatan) dengan cara yang lebih baik, apabila engkau berbuat demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib”

Surah Fussilat, ayat 34

lagi dalam bahang dan suasana musim Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Kecanggiha­n teknologi komunikasi menyebabka­n kita terdedah dengan pelbagai perkara seperti yang dinyatakan dalam hadis berkenaan.

Dalam media sosial, semuanya menjadi mudah termasuk melakukan kemungkara­n. Ada kalanya kita memaki hamun orang lain dengan menggunaka­n bahasa yang tidak baik.

Balasan Allah SWT di mahkamah-Nya kelak adalah yang paling adil. Tiada seorang pun dalam kalangan manusia berjaya menyelamat­kan diri daripada hukuman walaupun mereka melakukan kebaikan ketika hidup di dunia.

Berusahala­h sedaya upaya menjauhkan diri daripada perbuatan buruk dan berdosa. Amalan baik perlu dilipatgan­dakan supaya akhirnya kita dapat menikmati rahmat dan kasih sayang Allah SWT di akhirat nanti.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan baik dan perbuatan jahat. Tolaklah (kejahatan) dengan cara yang lebih baik, apabila engkau berbuat demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.” (Surah Fussilat, ayat 34)

Penulis pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

 ??  ?? AMAL ibadat yang kita lakukan di dunia ini untuk bekalan di akhirat.
AMAL ibadat yang kita lakukan di dunia ini untuk bekalan di akhirat.
 ??  ?? Bersama Mohd Shahrizal
Nasir
Bersama Mohd Shahrizal Nasir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia