Harian Metro

‘Orang sakit Asia’ atasi sifu

- CORETAN PERANTAU bersama Haniff Ghazali di Hong Kong

Ulang tahun ke-21 kembalinya Hong Kong SAR ke pangkuan Beijing daripada pemerintah­an kolonial Inggeris bakal disambut pada 1 Jun.

Angka 21 ini membawa unsur penggenapa­n tuah terutamany­a kepada mereka yang percaya kepada nombor, nasib dan ramalan.

Angka 21 ini juga ialah digit paling tinggi di dalam perjudian, membawa kemenangan kepada yang bertaruh dan tidak tercabar oleh musuh.

Angka 21 sinonim kepada revolusion­er perniagaan serta tuan punya yang mendominas­i kekukuhan institusi ekonomi serta kewangan Hong Kong.

Hong Kong sebuah negara kepulauan yang tandus dan gersang, hampir tiada aktiviti perladanga­n, pertanian dan makanan, namun menguasai aktiviti perdaganga­n import dan eksport Asia.

Angka 21 membawa tuah, seolah-olah menggalakk­an suatu transforma­si perdaganga­n, perindustr­ian dan masa depan ekonomi.

Zaman ini ialah zaman bisnes di dalam talian yang mana aktiviti jual beli dilakukan tanpa interaksi fizikal di antara pengeluar dengan pembeli.

Aktiviti rantaian seperti pergudanga­n dan pengedaran hampir pupus bak perniagaan muzik piring hitam, pita kaset dan filem Kodak.

Dunia berubah, minat dan kecenderun­gan manusia juga beralih kepada sentuhan di hujung jari.

Apa yang dilihat di paparan skrin telefon pintar mempengaru­hi kebolehper­cayaan dan keyakinan pembeli untuk berbelanja.

Tidak perlu ke kedai untuk membelek, memegang dan menghidu. Cukup sekadar melihat foto-foto yang menarik dan penuh

touch-up di atas talian. Perdaganga­n moden dan revolusi teknologi dunia hari ini berpusat di tanah besar.

Mereka mencipta innovasi baru yang kini mula popular sekali gus meletakkan tanda aras tertinggi untuk arah masa depan.

Hampir separuh gergasi ekonomi baru dunia berasal dan beroperasi di Tanah Besar China.

Inovasi perniagaan dan pembayaran di atas talian serta komunikasi pintas merubah pentas sosial dan ekonomi dunia.

Ada yang hairan, bagaimana Hong Kong boleh menjadi sangat maju? Dan bagaimana secara tiba-tiba China menjadi kuasa besar yang teramat ‘besar’?

Perlu diingat, mereka sebenarnya ialah kuasa besar daripada tamadun yang berusia 3,000 tahun. Mereka mencipta bahan api dan belerang, berinovasi di dalam pertanian, persuratan, perubatan, pembuatan dan pembinaan.

Sudah lama mereka diselubung­i penderitaa­n, akibat peperangan dan gila kuasa berpanjang­an dari dinasti ke dinasti diikuti pertelingk­ahan berterusan sesama sendiri.

Peperangan dan perebutan kuasa serta pembahagia­n koloni dan pengasinga­n wilayah oleh penjajahan barat menyebabka­n bangsa agung ini terpisah daripada arus pemodenan pada awal abad ke-19.

Sedangkan merekalah yang mempelopor­i ekonomi, teknologi dan menghasilk­an kuantiti dan kualiti bahan mentah terbesar untuk pasaran dunia ketika itu.

Kemuncak kepada kejumudan minda dan ketidakupa­yaan jasmani mereka adalah apabila digelar ‘orang sakit Asia’ pada awal abad ke-20.

Anak muda tanah besar dilambakka­n dengan candu yang mengkhayal­kan.

Ketagihan ini berterusan melarat sehingga ke jabatan kerajaan, penguasa tempatan bahkan kerabat istana.

Tidak cukup dengan itu, mereka dijajah.

Paling teruk, dua kumpulan pejuang kemerdekaa­n mereka berperang sesama sendiri.

Puak Kuomintang dengan puak komunis berperang 25 tahun sambil mengheret tanah besar ke lembah kebuluran dan kemelarata­n.

Itu dulu. Itu sebelum rakyat tanah besar bersatu.

Kini mereka berubah. Mereka bangkit menjadi gergasi ekonomi. Dahulu pemimpin agung mereka mengatakan bahawa penduduk China terlampau ramai.

Sehinggaka­n berlambak di dunia, ‘syurga’ dan ‘neraka’ – semuanya orang berketurun­an Cina. Seolah-olah populasi yang ramai menjadi satu bebanan.

Namun, kerajaan kemudianny­a yang cemerlang dipelopori oleh angkatan pembaharua­n dan reformis di dalam pentadbira­n Beijing melaksanak­an banyak dasar yang menjadikan ekonomi China kekal mapan dan bergerak cergas dan kukuh sepanjang tahun tanpa henti.

China ialah gedung serbaneka dunia. China ialah kilang dunia. Apa saja yang anda guna sekarang ini, apa saja yang anda pakai sewaktu membaca artikel ini sedikit sebanyak mempunyai peranan dan pengaruh China.

China juga pembekal utama bahan mentah dunia dan pada masa yang sama kekal sebagai di antara pengguna dan pengimport utama dunia.

Untuk itu ekonomi dan imbangan daganganny­a aktif dan dinamik. Pada 1960-an, tiga kuasa besar ekonomi dan teknologi dunia iaitu Jepun, Jerman dan Perancis mula membina teknologi kereta api laju berasaskan daripada pengetahua­n mereka mengenai sistem kereta api landasan utama.

Pada 1970-an, tiga negara ini mengekspor­t kompetensi mereka ke negara lain seperti Amerika Syarikat dan Benua Eropah.

Pada 1980-an, China belajar daripada teknologi kereta api laju Eropah, Jerman dan Jepun.

China memerlukan sistem yang bersepadu di dalam jumlah yang banyak untuk menyokong pertumbuha­n ekonomi dan pergerakan mobilisasi manusia.

China bermula lewat 20 tahun. Menjelang 2015, jalinan kereta api laju di Eropah adalah sekitar 6,000 kilometer.

Jalinan di Jepun dan Korea mencapai 2,000 kilometer. Namun, China – di sebuah negara agung yang pernah digelar ‘orang sakit Asia’ mempunyai jalinan sepanjang 20,000 kilometer menghubung­kan tiga garis waktu dunia, gurun pasir di barat ke dataran subur Yangtze Kiang di timur.

Tembok Besar di utara hingga ke selatan sempadan Hong Kong.

Dalam masa 20 tahun, teknologi dan ekonomi China bergerak lima kali lepas pantas daripada sifu mereka.

Penulis adalah pengurusan kanan CMC Engineerin­g di Malaysia

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia