Harian Metro

Kesedaran berpolitik masih rendah

-

3.6 juta orang muda berusia 21 tahun ke atas termasuk mahasiswa belum mendaftar sebagai pemilih

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, berdasarka­n sumber Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), seramai 3.6 juta orang muda berusia 21 tahun ke atas termasuk mahasiswa belum mendaftar sebagai pemilih.

Katanya, jumlah berkenaan mewakili 20 peratus daripada jumlah keseluruha­n pengundi yang berdaftar.

“Selain tidak mendaftar sebagai pemilih, ramai daripada mahasiswa memilih untuk tidak turun mengundi pada hari pilihan raya umum walaupun sudah mendaftar.

“Perkara ini berlaku kerana kesedaran berpolitik agak rendah dalam kalangan mahasiswa. Ratarata tidak menunjukka­n kesedaran yang tinggi untuk mengikuti pencerahan dan perbincang­an politik yang dianjurkan pihak universiti atau parti politik melainkan jika kehadiran mereka diwajibkan,” katanya.

Jelas Dr Kamarul

Zaman, banyak punca yang menyebabka­n keadaan ini berlaku antaranya ramai mahasiswa, mahupun parti politik tidak sedar pindaan sudah dibuat terhadap

Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) pada 2012 yang kini, mengikut Seksyen 15(1), membolehka­n seseorang penuntut universiti menjadi ahli mana-mana parti politik.

“Selalunya mereka yang menjadi ahli mana-mana parti politik akan lebih proaktif dalam menunaikan hak mereka untuk mengundi berbanding mereka yang tidak menjadi ahli.

“Sehubungan itu, parti politik juga didapati tidak begitu agresif di dalam mendekati mahasiswa,” katanya.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh, baru-baru ini dipetik sebagai berkata, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) bebas menyertai kempen politik di luar kampus menjelang

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Mahasiswa diberi kelonggara­n berpolitik jika mereka berminat.

Dr Kamarul Zaman berkata, berikutan Seksyen 15(2) AUKU iaitu menjadi satu kesalahan kepada penuntut untuk terbabit dalam aktiviti parti politik di dalam kampus, keadaan itu menyebabka­n aktiviti parti politik sukar dijalankan di kampus akibatnya golongan

 ??  ?? MAHASISWA penentu pemimpin pada masa akan datang.
MAHASISWA penentu pemimpin pada masa akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia