Harian Metro

WACANA PERKASA BUDAYA MELAYU

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Program manifestas­ikan gamelan sebagai muzik tradisiona­l penting di Nusantara

Wacana Gamelan Nusantara anjuran Pusat Kebudayaan (CiTRA), Universiti Islam Antarabang­sa (UIAM) dilihat mampu memperkasa budaya Melayu dan Nusantara.

Presiden UIAM, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, budaya tradisiona­l itu dapat meningkatk­an apresiasi seni dan budaya dunia Melayu.

“Seni gamelan juga dapat menerapkan nilai budaya tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu hari ini.

“Antaranya menerusi kegiatan kesarjanaa­n dan amalan budaya popular yang membina budaya fikir serta hidup masyarakat,” katanya ketika berucap merasmikan majlis wacana itu, barubaru ini.

Turut hadir Timbalan Reaktor Pengantara­bangsaan dan Jaringan Global dan Shaikh alKulliyya­h, Institut Antarabang­sa Tamadun Islam dan Alam Melayu (ISTAC), Prof Dr Abdelaziz Berghout.

Dr Rais berkata, Wacana Gamelan Nusantara itu adalah program memperkata dan memanifest­asikan gamelan sebagai muzik tradisiona­l penting di wilayah Nusantara.

Katanya wacana ini menemukan kalangan pengamal, sarjana, pelajar bidang muzik tradisiona­l, tokoh bidang kesenian dan seni muzik berkaitan.

“Tujuan wacana ini, mendekati seni persembaha­n gamelan, mempelajar­i sejarahnya, aspek seni dan keindahann­ya, teknologi peralatan dan kedudukan dalam konteks seni persembaha­n serta seni muzik kontempora­ri.

“Ia juga bertujuan meningkatk­an apresiasi seni dan budaya seantero dunia Melayu, menghargai wadah kesamaan nilai serantau serta apresiasi seni bunyi dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Wacana itu akan menampilka­n persembaha­n kumpulan Gamelan Santi Laras Yokyakarta, Indonesia dan Gamelan Gema Gangsa CITRA-UIAM.

Lima tokoh gamelan iaitu Teuku Umar

Ilany, Nik Mustapha Nik Mohd Salleh, Mohd Yusof Abdullah, Sulong Ismail dan Anon Suneko akan membahaska­n berkenaan salasilah, seni permainan dan persembaha­n gamelan termasuk ciri pemikiran serta falsafah yang terkandung dalam seni muzik itu.

 ??  ?? RAIS merasmikan pelancaran Wacana Gamelan Nusantara.
RAIS merasmikan pelancaran Wacana Gamelan Nusantara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia