Harian Metro

KUNJUNGAN BERMAKNA KOSISWA UMT KE CHINA

-

Buat kali pertama, Koperasi Mahasiswa (KOSISWA) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengambil inisiatif mengadakan lawatan ke Guangzhou, China barubaru ini.

Kumpulan siswa ini terdiri daripada peniaga kecil-kecilan ketika berada di kampus dan program ini sebagai usaha untuk mengembang­kan lagi empayar perniagaan yang dimiliki peserta.

Lawatan itu disertai 10 mahasiswa diiringi seorang pegawai dengan membawa misi meneroka ruang dan peluang perniagaan yang rata-rata baranganny­a diimport dari negara berkenaan.

Malah lawatan berkenaan adalah untuk mendedahka­n mereka kepada cara kehidupan masyarakat China yang berlainan dengan masyarakat Malaysia.

Selain itu, inisiatif ini juga memberi pengalaman baharu kepada pelajar

UMT dalam bidang keusahawan­an supaya peserta lebih terdedah kepada urus tadbir bidang perniagaan di peringkat global.

Menurut peserta lawatan, Ady Syafiq Asmaddi, 22, berkata, program seperti itu dapat memupuk penuntut UMT untuk melihat dunia perniagaan, cabaran dan memberi galakan mencuba peluang baru dalam keusahawan­an dengan membawa masuk dagangan daripada negara luar.

“Kami didedahkan dengan kaedah komunikasi yang efektif dijalankan peniaga di Guangzhou memandangk­an rata-rata rakyat negara berkenaan tidak boleh berkomunik­asi dalam bahasa asing.

“Selain ilmu perniagaan, lawatan ini juga mendedahka­n seni dan budaya China serta komuniti Muslim minoriti di Guangzhou yang peramah dan selalu mengucapka­n salam walaupun tidak mengenali antara satu sama lain,” katanya.

Pengurus KOSISWA UMT, Nik Nurfarah Fareena Auddin berkata, inisiatif seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang memandangk­an impak positif yang diterima peserta dan berusaha untuk melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan mahasiswa UMT.

 ??  ?? SEBAHAGIAN siswa yang mengikuti rombongan ke Guangzhou.
SEBAHAGIAN siswa yang mengikuti rombongan ke Guangzhou.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia