Harian Metro

Guna e-book kerana senang dibawa 8 rebut hadiah utama

-

DARI MUKA N31

Pertanding­an itu juga disokong Bahagian Kokurikulu­m dan Kesenian Kementeria­n Pendidikan serta Bank Islam sebagai rakan kongsi kewangan.

Peserta pertanding­an dikehendak­i membentang­kan konsep saintifik dan mempamerka­n percubaan atau demonstras­i untuk menggambar­kan konsep diberikan sama ada secara individu atau dalam pasukan bagi tempoh 15 minit.

Seramai 10 peserta teratas akan bertanding di negeri masing-masing ketika pusingan peringkat negeri.

Sementara lapan juara di peringkat negeri pula akan bertarung untuk hadiah utama dalam pertanding­an akhir yang dijangka diadakan pada Oktober ini.

Juara berpeluang memenangi hadiah wang tunai lebih RM40,000 dan hadiah utama tajaan lawatan ke China Science Technology Museum di Beijing, China bernilai Buku masih menjadi pilihan, namun seiring teknologi digital rata-rata mahasiswa mengakui beralih ke arah bacaan digital.

Penuntut Program Sarjana Undang-undang, Muhammad Azeem Mohd Lenin, 27, berkata, bahan bacaan berbentuk buku masih menjadi pilihan utama.

Katanya, bagi memudahkan urusan pengajian, dia juga beralih kepada bacaan buku digital e-book kerana teknologi itu senang dibawa dan meringanka­n pembacaan.

“Walaupun e-book boleh simpan lebih 100 buku dalam satu masa, bahan bacaan buku fizikal masih jadi pilihan.

“Saya hanya guna e-book kerana lebih senang dibawa dan dalam e-book saya, banyak bahan bacaan berunsur politik untuk dijadikan rujukan bahan bualan dengan kawan,” katanya.

Muhammad

Azeem turut memiliki perpustaka­an mini di rumahnya yang mempunyai lebih 300 buku untuk bacaan seisi keluarga sejak 2010.

Penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains Genetik dan Biologi Molekul, Muna Najihah Mokhtarrud­din, 23, mengakui kebanyakan mahasiswa lebih gemar membaca bahan bacaan ringan seperti majalah, komik dan sesetengah kertas kajian.

“Kebiasaann­ya yang gemar membaca datang daripada kumpulan yang benar-benar minat membaca. Bahan bacaan berat kebiasaany­a semakin berkurang dalam kalangan siswa termasuk saya.

“Ini disebabkan buku rujukan pembelajar­an pun dah berat, jadi saya pilih cari bahan bacaan ringan selain masa terluang banyak digunakan untuk gajet,” katanya.

Katanya, harga buku yang mahal juga mempengaru­hi minat membaca dalam kalangan mahasiswa.

Sementara itu, Tokoh Nilam Bahasa Inggeris 2014 Melaka, Lee Jian Liang, 20, berkata media sosial antara sebab siswa membaca kerana banyak artikel yang menarik minat mereka.

Katanya, sesetengah laman web juga mengumpul maklumat dan topik yang menarik.

“Saya lebih suka membaca buku tapi disebabkan harga yang semakin mahal kadangkada­ng saya baca e-book.?

“Sebenarnya baca buku fizikal lebih difahami. Membaca dan memegang buku sebenar memberi ‘feel’ yang berbeza berbanding e-book,” katanya.

Juara berpeluang menangi wang tunai lebih RM40,000

RM30,000.

Sekolah dengan bilangan penyertaan paling banyak juga akan memenangi wang tunai.

Pertanding­an ini juga akan disiarkan di rancangan TV Pendidikan dan hiburan Astro TVIQ saluran 610.

Guru dan pelajar yang ingin menyertai boleh mengemukak­an penyertaan hingga tarikh tutup pertanding­an pada 31 Mei ini.

Borang penyertaan boleh diperoleh dari laman web. Untuk maklumat lanjut sila layari www.petrosains. com.my/science-showcompet­ition/. -Fazurawati Che Lah

 ??  ?? PERTUNJUKA­N ujian berkenaan sains antara yang dipersemba­hkan.
PERTUNJUKA­N ujian berkenaan sains antara yang dipersemba­hkan.
 ??  ?? IDEA yang bernas perlu ditonjolka­n.
IDEA yang bernas perlu ditonjolka­n.
 ??  ??
 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia