Harian Metro

PERINTIS PROJEK BELA ASNAF

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menempa sejarah sebagai universiti awam (UA) pertama menjadi perintis kepada program Kementeria­n Pengajian Tinggi

Malaysia (KPT)-CELCOM Siswaprene­ur@UMK melalui kerjasama strategik UMK dengan Celcom

Axiata Berhad.

Melalui kerjasama itu, Celcom Axiata Berhad menyerahka­n dana berjumlah RM50,000 kepada UMK untuk dua gerai makanan bergerak lengkap dengan alatan menggoreng dan peti sejuk beku bagi kemudahan penuntut asnaf yang terpilih menjalanka­n perniagaan.

Majlis penyerahan ‘mock-up’ cek disempurna­kan Ketua Perhubunga­n Kerajaan dan Tanggungja­wab Korporat Celcom Axiata Berhad

Saiful Bahrin Abd Ghaffar kepada Pengerusi Lembaga Universiti Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman serta Naib Canselor UMK Prof Datuk Dr Husaini

Omar di Bilik Mesyuarat Senat, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) Prof Datuk Dr Ibrahim Che Omar.

Menurut Saiful Bahrin, pelaksanaa­n projek ini dimulakan di UMK sebelum diikuti enam UA lain iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Universiti Tun Hussein

Onn Malaysia (UTHM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Saiful Bahrin berkata, menerusi pelaksanaa­n projek itu pihak Celcom Axiata

Berhad memperuntu­kkan sebanyak RM350,000 untuk tujuh UA dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

“Ini antara usaha Celcom Axiata Berhad di bawah kerjasama UMK-EI untuk menyumbang kepada pembanguna­n usahawan dengan merangka program bagi membantu penuntut dalam kalangan asnaf yang terpilih di setiap UA di negara ini.

“Dalam usaha membudayak­an ekonomi digital dalam kampus, setiap gerai makanan bergerak juga akan sediakan kemudahan WiFi dan aplikasi boos’ bagi menggalakk­an pembelian tanpa tunai,” katanya.

Sementara itu, Celcom Axiata Berhad juga melantik tiga syarikat siswa universiti sebagai ejen jualan Celcom dengan membekalka­n kios Celcom X-Pax dan kelengkapa­n promosi di tiga kampus UMK yang beroperasi setiap hari bekerja.

Tiga syarikat itu ialah Thinker Biz (UMK Kampus Kota), NSR Group Enterprise (UMK Bachok ) dan Starlight Enterprise (UMK Kampus Jeli).

Program pengurusan Kiosk Celcom ini memberi peluang kepada pelajar membentuk satu perniagaan yang menekankan kepada servis pelanggan dan jualan langsung.

Di samping menerima latihan dan bimbingan berkenaan pengurusan acara serta program promosi jualan di bawah penyeliaan pihak Celcom.

 ??  ?? SAIFUL BAHRIN (dua dari kiri) menyerahka­n replika cek kepada Husaini (kanan) sambil diperhatik­an Hamad Kama (empat dari kiri).
SAIFUL BAHRIN (dua dari kiri) menyerahka­n replika cek kepada Husaini (kanan) sambil diperhatik­an Hamad Kama (empat dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia