Harian Metro

ILUSI TINGGI BUAT SI RENDAH

-

Alternatif untuk gadis mahu kelihatan tinggi

bentuk pinggang anda tanpa menjadikan anda kelihatan terlalu pendek.

Pemakaian tali pinggang pada gaun adalah pilihan untuk mereka yang gemarkan gaya feminin manakala ia pelengkap untuk mereka menggemari gaya ringkas contohnya baju-T dan denim.

4. POTONGAN RAMBUT PENDEK ATAU IKATAN ‘TOP KNOT’

Bukan saja pakaian dan aksesori malah jenis potongan rambut juga memainkan peranan dalam penampilan anda.

Bagi mereka yang mahu kelihatan lebih tinggi, cuba potongan rambut pendek paras bahu atau jenis ‘pixie’.

Potongan rambut bob sesuai untuk usia anda yang masih remaja walaupun bukan lagi trend terkini.

Cara lain, buat ikatan top knot pada rambut yang akan menampakka­n leher anda lebih jinjang. Ini alternatif untuk anda yang mahu kelihatan tinggi tanpa memotong rambut!

5. SKIRT LABUH

Skirt labuh kononnya dikatakan sesuai untuk mereka yang tinggi saja berbanding rendah. Hakikatnya gadis bertubuh kecil molek juga boleh memakai skirt labuh dengan syarat anda bijak memilih potongan yang betul.

Sebaik-baiknya, pilih skirt yang mempunyai corak jalur menegak bagi memberi ilusi tinggi daripada bahagian pinggang ke kaki.

Untuk kelihatan kemas, gayakan skirt labuh itu bersama baju-T yang dimasukkan ke bahagian dalam kemudian sarungkan jaket kulit atau bomber.

 ??  ?? SKIRT labuh corak
jalur menegak memberi ilusi lebih tinggi buat si rendah.
SKIRT labuh corak jalur menegak memberi ilusi lebih tinggi buat si rendah.
 ??  ?? TALI pinggang halus pelengkap aksesori.
TALI pinggang halus pelengkap aksesori.
 ??  ?? BAJU leher ‘V’ alternatif untuk mereka yang bertubuh rendah.
BAJU leher ‘V’ alternatif untuk mereka yang bertubuh rendah.
 ??  ?? BAJU corak menegak pilihan sesuai buat si rendah.
BAJU corak menegak pilihan sesuai buat si rendah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia