Harian Metro

Bertindak sebagai ibu bapa

-

Amal pendekatan berbincang dengan guru tuisyen, pihak sekolah untuk manfaat maksimum

DARI MUKA H53

“Rumah berkenaan hanya mempunyai sebuah bilik dan mereka perlu berasak-asak. Lebih menyentuh perasaan saya sebagai seorang ibu, apabila anak ini terpaksa berhenti sekolah sejak dua tahun lalu.

“Dilahirkan dalam keluarga yang menitikber­atkan pendidikan, saya terpanggil untuk memperjuan­gkan nasib anak ini. Lantas, kami mempercepa­tkan proses pengubahsu­aian PJAS.

“Kemudian, hasil perbincang­an dengan kedua-dua ibu bapa, mereka bersetuju membenarka­n sembilan daripada 10 beradik ini diletakkan di bawah jagaan kami,” katanya yang mengusahak­an PJAS bersama dua rakan lagi, Muhammad Afiq Md Shahid dan Intan Norhana Ahmad Mohsinon.

Menggunaka­n pendekatan mesra keluarga, wanita yang mesra disapa ‘mami’ ini memperkena­lkan sistem lebih terbuka apabila membenarka­n ibu bapa melawat anak pada masa tertentu tanpa mengganggu rutin pembelajar­an mereka.

Menjaga 12 kanak-kanak yang berusia antara enam bulan hingga 16 tahun, objektif utama PJAS adalah memberi peluang kedua kepada anak tidak bernasib baik ini untuk mengubah masa depan mereka menerusi pendidikan.

Katanya, ratarata anak jagaannya memiliki keinginan tinggi untuk belajar, namun disebabkan faktor ekonomi keluarga membuatkan mereka tercicir daripada sistem persekolah­an negara.

“Oleh kerana sudah lama mereka meninggalk­an alam persekolah­an dan

 ??  ?? KELAS mengaji turut diadakan di PJAS.
KELAS mengaji turut diadakan di PJAS.
 ??  ?? Bertindak sebagai ibu bapa kepada mereka, saya sentiasa memberi motivasi dan sokongan supaya mereka sentiasa bersemanga­t untuk menimba ilmu
Bertindak sebagai ibu bapa kepada mereka, saya sentiasa memberi motivasi dan sokongan supaya mereka sentiasa bersemanga­t untuk menimba ilmu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia