Harian Metro

Kerjaya sampingan lepas bekerja

-

Helmi ambil peluang tinggal di kawasan sesak untuk jalan khidmat penghantar­an

DARI MUKA H53

“Bagi menambah pendapatan, saya mula berfikir untuk mencari kerjaya sampingan yang boleh dilakukan selepas bekerja terutama pada malam dan waktu cuti. Disebabkan tinggal di Puchong, Selangor yang juga antara kawasan sesak, saya mengambil peluang itu untuk menjalanka­n perkhidmat­an penghantar­an.

“Ramai individu tidak mahu berdepan kesesakan lalu lintas yang teruk, namun mempunyai tugasan perlu diselesaik­an. Keadaan ini membuka peluang kerjaya sampingan kepada saya,” katanya sambil tersenyum. ialah faktor cuaca memandangk­an dia menawarkan khidmatnya dengan menunggang motosikal.

“Selain itu, saya juga berdepan pelbagai risiko ketika berada di jalan raya namun sentiasa berhati-hati, sekali gus menyelesai­kan tugasan diamanahka­n terutama apabila membawa barangan penting yang perlu dihantar segera.

“Saya juga berdepan cabaran masa terutama apabila pelanggan sudah menetapkan tempoh tertentu dan perlu menyelesai­kan tugasan dalam tempoh berkenaan.

“Saya tidak menetapkan caj perkhidmat­an, ia bergantung kepada keikhlasan pelanggan namun kebanyakan pelanggan membayar bermula daripada RM10 hingga RM40 bergantung kepada jarak dan tugasan.

“Adakalanya bayaran yang saya terima lebih daripada setimpal namun ada juga yang mengambil kesempatan dan hanya membayar RM1, RM2 dan RM3.

“Namun kini kebiasaann­ya saya berbincang dahulu dengan pelanggan mengenai jarak lokasi penghantar­an,” katanya.

Mohamed Helmi yang menetap di Bandar Kinrara Puchong menerima tempahan perkhidmat­an melalui Facebook, aplikasi WhatsApp, panggilan telefon dan SMS.

“Saya melakukan perkhidmat­an penghantar­an di Selangor dan Kuala Lumpur. Antara tugasan saya termasuk penghantar­an hadiah dan pelbagai bentuk barang serta membeli barangan keperluan,” katanya.

Anak muda ini memasang impian memiliki sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmat­an penghantar­an dan menggunaka­n sistem sistematik seperti perkhidmat­an GrabCar.

“Saya yakin impian dan cita-cita ini akan menerima sambutan menggalakk­an memandangk­an ramai individu yang tidak mahu membazirka­n masa di jalan raya disebabkan kesesakan lalu lintas.

“Namun saya sedar, impian ini tidak mudah dan bagi mencapainy­a

perlu berusaha keras bagi memastikan ia dapat direalisas­ikan suatu hari nanti,” katanya. -Siti Nadirah Hafidzin

 ??  ?? HELMI menjalanka­n khidmat penghantar­an
dengan jujur.
HELMI menjalanka­n khidmat penghantar­an dengan jujur.
 ??  ?? HELMI bersama antara
pelanggann­ya.
HELMI bersama antara pelanggann­ya.
 ??  ?? GEMBIRA dengan tugas sampingan
dijalankan.
GEMBIRA dengan tugas sampingan dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia