Harian Metro

Rakan kongsi serumah

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my KUTIP MODAL MATANG DENGAN CABARAN

Bukan mudah membina empayar perniagaan bersama pasangan sendiri. Malah, ramai yang gerun walau hanya memikirkan risiko menanti sekiranya jatuh bangun perniagaan mempengaru­hi hubungan di masa depan.

Kata orang, untung rugi dalam berniaga boleh merosakkan hubungan adik-beradik dan memutuskan silaturahi­m sesama saudara, inikan pula suami isteri. Pokok pangkalnya adalah percaya kepada ketentuan dan rezeki Allah SWT.

Nekad berganding bahu, memulakan perniagaan pakaian kanak-kanak bersama isteri tercinta, Abdul Rasyid Jalaluddin,

30, berkata, dia bersyukur kerana dikurniaka­n pasangan yang bukan saja mampu berfikir secara rasional, tapi bijak membezakan urusan keluarga dan perniagaan.

“Ramai berpendapa­t membina perniagaan bersama suami atau isteri sukar berjaya. Malah kami sendiri pernah merasa betapa sukarnya untuk mencipta keserasian sebagai rakan niaga.

“Masing-masing mempunyai pendapat dan idea yang hendak disuarakan. Ada waktunya, perkara sebegini terlalu mudah menimbulka­n perbalahan. Bagaimanap­un, kami anggap perang emosi ini sebagai cabaran untuk terus bekerja keras, demi kejayaan bersama,” katanya.

Berkongsi kisah perjalanan bergelar usahawan pakaian kanakkanak, Abdul Rasyid berkata, sebelum memiliki jenama sendiri, dia terlebih dulu menubuhkan perniagaan percetakan dan reka bentuk grafik atas nama Syidya Creation pada 2013.

“Syarikat itu menjalanka­n khidmat percetakan kain rentang, sepanduk, gegantung, papan tanda, pelekat, risalah, baju beruniform serta persalinan korporat. Mungkin sudah rezeki, syarikat percetakan ini masih lagi beroperasi sehingga kini.

“Isteri (Khairun Nadia Mohd Kassim, 30), pula fokus menamatkan pengajian

Ijazah Sarjana Muda Farmasi di Universiti Teknologi

MARA (UiTM) Puncak

Alam, Selangor sebelum berkhidmat sebagai pelatih pegawai farmasi di syarikat swasta.

“Tidak lama kemudian, dia mengambil keputusan berhenti dan memberi sepenuh perhatian terhadap perniagaan baju kanakkanak yang kami usahakan,” katanya.

Jelas Abdul Rasyid, dia dan isteri bermula secara kecilkecil­an dengan mendaftar sebagai ejen pesan-hantar (drop-ship) beberapa syarikat dan butik yang menjual pakaian kanakkanak.

“Kami mengumpul modal dengan harapan dapat menghasilk­an jenama pakaian sendiri, sekali gus berkongsi peluang perniagaan dengan lebih ramai individu.

“Selepas berbincang, kami pilih untuk memajukan perniagaan baju kanakkanak. Saya lihat segmen ini bukan saja mampu meraih tumpuan dan sambutan ramai, malah boleh membantu kami melangkah ke fasa lebih jauh.

“Ditambah lagi dengan pola kelahiran kanak-kanak yang meningkat saban tahun, kami percaya usaha dan perancanga­n akan membuahkan hasil positif,” katanya.

Sesekali menyelit,

Khairun Nadia berkata, dia dan suami sentiasa optimis dalam membina impian, menghasilk­an pakaian kanak-kanak berkualiti dengan jenama sendiri.

“Kami mula yakin untuk meneruskan perniagaan baju ini apabila pakaian yang dijual mendapat perhatian dan permintaan luar biasa. Banyak komen dan pujian daripada pelanggan yang berpuas hati dengan baju kami.

“Sekalipun baru dalam pasaran, ramai pelanggan memberi sokongan tidak berbelah bahagi. Ada yang terus jadi pelanggan tetap, tidak kurang juga yang teruja berkongsi cadangan untuk gaya keluaran seterusnya. Sedar tak sedar, ruparupany­a kami mempunyai pengikut setia yang menanti keluaran baju sepanjang tahun,” katanya.

Tidak lengkap dunia perniagaan tanpa cabaran menyakitka­n. Setiap individu yang bermain dengan modal dan untung pastinya mahukan kejayaan.

Namun kata Abdul Rasyid, jalan menuju kejayaan bukanlah semudah ucapan dan kata-kata. Pelbagai dugaan dan rintangan terpaksa dilalui untuk mereka tiba ke hari ini.

“Lumrah orang berniaga, pasti ada jatuh dan bangunnya. Kami juga tidak terlepas daripada dugaan sedemikian. Pada awal perniagaan, kami berdepan kekangan modal untuk menghasilk­an produk, mengikut permintaan pelanggan.

“Kami juga pernah diduga apabila tukang jahit melakukan kesilapan dalam produksi. Mereka menjahit baju yang salah untuk koleksi kami. Akibatnya, kami terpaksa menanggung kerugian tetapi tidak dapat menjual baju berkenaan.

“Walaupun kejadian sebegini pahit untuk dikenang, tetapi itulah yang mematangka­n kami. Saya bersyukur kerana isteri sentiasa memberi kepercayaa­n, galakan dan sokongan tidak kira dalam apa saja situasi.

Suami isteri harungi cabaran sebagai usahawan pakaian kanak-kanak

“Benarlah kata orang, setiap kejayaan seseorang lelaki itu pasti ada wanita di belakangny­a. Selain isteri, ibu dan arwah ayah serta adik-beradik juga banyak memberi sokongan,” katanya.

Khairun Nadia juga menzahirka­n pendapat sama. Katanya, tidak kira hal keluarga atau perniagaan, Abdul Rasyid sentiasa bersama, tidak kira di mana saja.

“Biarlah orang kata suami isteri sukar untuk mencipta keserasian dalam menguruska­n perniagaan. Saya sentiasa melihat apa yang kami lakukan menerusi perspektif positif.

“Alhamdulil­lah, di samping suami dan anak, ibu bapa serta adik-beradik juga menjadi sebahagian kekuatan saya. Bagi saya, kami perlu sentiasa fokus, positif, tenang dan rasional jika mahu berjaya dalam apa saja bidang.

“Kini, kami sudah mempunyai kira-kira 40 ejen berdaftar di seluruh negara. Mereka inilah yang membantu memasarkan pakaian yang kami hasilkan. Selain di Malaysia, kami juga mempunyai ejen di Brunei dan Singapura.

“Dengan kapasiti yang ada, kami cuba untuk membahagik­an masa pada sebelah malam dan hujung minggu untuk anak-anak dan keluarga,” katanya.

 ??  ?? BUNGKUSAN menarik sebelum dipos kepada pelanggan. ABDUL Rasyid dan Khairun Nadia majukan bisnes bersama.
BUNGKUSAN menarik sebelum dipos kepada pelanggan. ABDUL Rasyid dan Khairun Nadia majukan bisnes bersama.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia