Harian Metro

‘KEBUN DAPUR’ menyihatka­n

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my HOBI MENGELUARK­AN PELUH

Wanita luang masa bercucuk tanam pelbagai tumbuhan untuk kekal sihat

Menikmati sayursayur­an dan buah-buahan segar yang ditanam sendiri sememangny­a mendatangk­an kepuasan berbeza yang sukar digambarka­n dengan katakata.

Selain segar dan menjimatka­n kos, aktiviti kebun dapur menggunaka­n sebaik mungkin ruang yang ada di rumah mampu mewujudkan suasana mendamaika­n terutama ketika memandang tumbuhan hijau yang ditanam.

Bagi Rohaidah Hashim, 50, bercucuk tanam adalah hobi yang mempunyai banyak manfaat dan boleh menyihatka­n badan, apatah lagi dalam usia sebegitu.

"Jika dulu, saya sering tidak cukup masa menguruska­n anak dan bekerja namun kini semuanya berubah. Anak sulung sudah berusia 25 tahun, yang kedua berusia 19 tahun manakala yang bongsu berusia 14 tahun.

"Oleh itu, saya penuhi waktu terluang hujung minggu dan selepas pulang bekerja dengan menanam pelbagai jenis tanaman serta yang terbaru nanas madu.

"Saya tidak sabar menantikan pokok nanas saya berbuah dan ia dijangka satu atau dua bulan lagi," katanya.

Menurut Rohaidah yang tinggal di Taman Sri Sementa, Klang, Selangor, selain nanas, dia turut menanam serai, pelbagai jenis kekacang dan pandan kerana ia antara bahan masakan yang sering digunakan dalam masakan harian.

"Selain hobi, aktiviti ini memudahkan saya terutama apabila memerlukan serai atau daun pandan ketika memasak, hanya perlu ambil di laman rumah.

"Saya juga berkongsi minat ini dengan suami yang banyak membantu menguruska­n dan menjaga tanaman ini. Seronok rasanya apabila kami menghabisk­an masa bersama pada hujung minggu dengan aktiviti ini," ujarnya.

Rohaidah berkata, disebabkan tidak mempunyai kawasan lapang kerana tinggal di kawasan perumahan, dia perlu bijak menggunaka­n setiap ruang yang ada sebaik mungkin.

"Setiap kali bercucuk tanam di kawasan tanah kecil di belakang dan di depan rumah, membuatkan saya berpeluh dan ia dijadikan sebagai pengganti senaman harian.

"Selain menyihatka­n, aktiviti ini juga antara terapi buat saya dan seluruh ahli keluarga setiap kali memandang semua tumbuhan yang ditanam hidup subur," katanya.

Menurut Rohaidah, dia juga sering menambah ilmu serta maklumat mengenai kaedah penanaman dan cara penjagaan melalui Internet.

"Perkara paling menyeronok­kan setiap kali melihat tanaman ini berbuah dan saya seisi keluarga bersama-sama menuai hasil sekali gus menjadi antara kaedah merapatkan hubungan kekeluarga­an.

"Disebabkan ditanam sendiri, saya tidak perlu bimbang dengan faktor keselamata­n dan kebersihan kerana segalanya dijaga sendiri bermula daripada proses menanam sehinggala­h menuai," ujarnya.

Menurutnya, walaupun hanya berbekalka­n tanah kecil, namun dia gembira kerana masih dapat melakukan aktiviti diminati.

"Sukar digambarka­n namun saya yakin hanya individu yang meminati hobi ini dapat memahami dan merasai nikmat sebenar hasil daripada bercucuk tanam.

"Saya juga memastikan jumlah tanaman bertambah setiap bulan. Kadang kala saya bertukar tanaman dengan kakak yang turut berkongsi minat sama," katanya.

 ??  ?? AKTIVITI menyihatka­n
buat Rohaidah.
AKTIVITI menyihatka­n buat Rohaidah.
 ??  ?? MENGGUNAKA­N ruang yang ada di kawasan rumah sebaik mungkin.
MENGGUNAKA­N ruang yang ada di kawasan rumah sebaik mungkin.
 ??  ?? ANTARA tanaman yang
diusahakan Rohaidah.
ANTARA tanaman yang diusahakan Rohaidah.
 ??  ?? ROHAIDAH bersama nanas
yang ditanamnya.
ROHAIDAH bersama nanas yang ditanamnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia