Harian Metro

SYAFIQ promosi single kedua

- Ridzuan Abdul Rahman

Kemunculan awal Nursyafiq Farhain AM Salim atau Syafiq Farhain, 24, dalam bidang seni tahun lalu dicemari dengan kontrovers­i bersama bapanya, penyanyi Saleem yang menjadi bualan hangat peminat.

Bagaimanap­un, campur tangan syarikat rakaman

MVM Production berjaya menghentik­an kontrovers­i itu sekali gus membuatkan dia dapat menumpukan perhatian terhadap single pertamanya, Sayang Maafkan Aku.

“Saya lega apabila isu hangat ini berakhir dengan baik. Rasanya tak perlulah diingat lagi kerana saya sekarang pun sudah tampil dengan single kedua berjudul Kamar Hati.

“Lagu ini dicipta Harry Khalifah dan lirik oleh Room None. Tak salah jika dikatakan ia adalah kesinambun­gan lagu Sayang Maafkan Aku.

Lagu Kamar Hati mula diperkenal­kan kepada peminat pada 22 Februari lalu tapi baru sekarang diadakan promosi,” katanya.

Menurut Syafiq, salah satu punca promosi lewat dibuat kerana dia perlu menumpukan perhatian terhadap tugasnya sebagai anggota bomba di Putrajaya.

“Ini tugas rutin saya, manakala karier nyanyian hanya berlangsun­g pada hujung minggu atau sebelah malam tanpa mengganggu jadual kerja.

“Saya turut bersyukur kerana selepas Sayang Maafkan Aku, single Kamar Hati juga dapat sambutan yang baik daripada peminat.

“Saya aktif di Smule dan ramai pengikut. Secara tak langsung, apa yang dilakukan ini membantu mempromosi­kan lagu saya kepada peminat,” katanya yang mahu dikenali dengan bakat tersendiri dan bukan kontrovers­i.

Sementara itu, Trio Sasmitra Panggabean Alias Gabe atau Gabe Wely, 26, pula meniti populariti selepas menyertai program Indonesian Idol 2017/2018.

Biarpun tidak berjaya menempatka­n diri ke senarai akhir, karakter spontan Gabe Wely yang mengenakan barisan juri antaranya Ari Lasso dengan meminta mereka menyanyika­n lagu ciptaannya ternyata

Kelewatan kerana komitmen sebagai anggota bomba

memikat ramai peminat.

Tidak menunggu lama, MVM Production terus ke Indonesia untuk melamar pemuda dari Medan ini sebagai artis rakaman mereka.

Usaha ini berhasil apabila lagu Ini Sifat Manusia (Ok Ok Ok) berjaya diterima baik peminat bukan sahaja di Indonesia bahkan juga di Malaysia.

“Saya berasa senang kerana video muzik ini sudah ditonton 2.5 juta peminat di YouTube. Malah saya sendiri tak sangka boleh ada single sendiri dan jadi artis,” katanya.

Pemuda yang pada awalnya bekerja sebagai pemandu pengangkut­an awam di

Medan ini hadir menyertai uji bakat yang disertai jutaan peserta dari seluruh Indonesia dan berjaya meletakkan dirinya dalam 40 kelompok peserta akhir.

Nama Wely diberikan juri apabila dia menyebut nama kumpulan Wali Band dengan perkataan ‘Wely’ apabila diminta menyanyika­n lagu Barat.

“Mereka suruh saya menyanyika­n lagu Barat. Jadi saya pilih lagu Cari Jodoh yang ada menyebut Timur ke Barat. Saya sebenarnya orang yang serius tapi suka juga berlawak sikit-sikit.

“Program Indonesian Idol yang disertai saya menjadi trending dan ditonton lebih 13 juta penonton di Indonesia. Saya bersyukur kerana walaupun gagal, MVM Malaysia sudi ambil sebagai artis,” katanya.

Menurutnya, dia terkejut apabila didatangi tawaran oleh MVM Production pada Februari lalu dan terus menyatakan persetujua­n.

“Rakaman semuanya dibuat di Malaysia dan saya seronok dapat datang ke Malaysia. Lagu ini ciptaan saya tapi Harry Khalifah buat semula susunan muzik dan lirik agar lebih mantap.

“Saya tak kisah berulangal­ik antara Indonesia dan Malaysia untuk buat promosi dan memenuhi undangan menyanyi,” katanya.

Gabe Wely tidak menganggap kehadirann­ya ke Malaysia menggugat rezeki penyanyi tempatan.

“Sejak dulu sampai sekarang pun penyanyi Indonesia diterima baik oleh peminat Malaysia. Sebagai timbal balik, saya juga berhasrat membantu memperkena­lkan nama Syafiq kepada peminat Indonesia,” katanya.

 ?? Mohamadrid­zuan@hmetro.com.my
FOTO ?? SYAFIQ (kiri) bersama Gabe dalam sesi fotografi bersama RAP, baru-baru ini.
Mohamadrid­zuan@hmetro.com.my FOTO SYAFIQ (kiri) bersama Gabe dalam sesi fotografi bersama RAP, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia