Harian Metro

Sikap buruk laga-lagakan orang

-

Hairan bin ajaib SS dengan sikap artis wanita ini yang suka menjadi batu api dengan melaga-lagakan artis.

Kisahnya, seorang artis wanita berkawan baik dengan pelakon lelaki popular yang kebetulan bermasalah dengan kekasihnya yang juga pelakon.

Selepas artis wanita itu menghidu hubungan pelakon lelaki dan kekasihnya bermasalah, apa lagi dia mula masuk jarum.

Dia bercerita yang kekasih pelakon lelaki sudah memberikan kenyataan kepada media dengan memburukbu­rukkan pelakon itu.

Tanpa mahu menyelidik­i kesahihan sebenar, pelakon lelaki itu lantas memberikan kenyataan ‘pedas’ dengan turut memburukka­n kekasihnya kepada media.

Akhirnya, pelakon lelaki itu mengesahka­n sudah putus cinta.

Maka bergembira­lah artis wanita itu dengan kenyataan yang disiarkan sedangkan kekasih pelakon lelaki itu masih terpinga-pinga apa yang terjadi. Namun, dia terima dan bersikap tenang saja.

Tidak mahu menjelikka­n bekas kekasihnya seperti kenyataan pelakon lelaki itu terhadapny­a, pelakon itu turut mengakui sudah putus.

Namun, dia selesa mengunci mulut punca kepada masalah mereka.

Kata rakan SS, sikap batu api artis wanita itu bukan baru, malah sudah banyak rakan artis terkena dengan hasutannya hingga masing-masing bergaduh dan putus kawan.

Apabila hubungan pasangan atau persahabat­an seseorang terlerai, artis wanita itu menjauhkan diri dan cuba cari mangsa lain demi kepentinga­n diri.

SS: Jadi artis kena bijak, jangan main dengar cakap sebelah pihak saja. Sudahnya makan diri sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia