Harian Metro

Tak menang tangan

 Pengusaha IKS mula buka tempahan Aidilfitri

- Siti Khairunnis­a Mohamad Nayan cnews@nstp.com.my

Meskipun Aidilfitri disambut dalam tempoh dua bulan lagi, pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) seperti pembuat kuih raya, tukang jahit baju dan songkok sudah mula membuka tempahan.

Malah tidak kurang juga ada dalam kalangan mereka tidak lagi menerima tempahan baru kerana risau tidak dapat menyiapkan­nya menjelang Aidilfitri nanti.

Mungkin orang ramai menganggap membuat tempahan dua bulan sebelum Aidilfitri sebagai terlalu awal, namun tidak bagi pengusaha IKS.

Tukang jahit, Nor Ali@Mohamed, 33, dari Kempas, Johor Bahru, Johor, berkata, dia tidak lagi mengambil tempahan baru kerana jumlah perlu disiapkan sekarang ini melebihi jangkaan.

“Saya membuka tempahan selepas Aidiladha tahun lalu dan tempahan tidak lagi diterima selepas Januari lalu kerana risau tak dapat siapkan semuanya.

“Mengikut perancanga­n saya hanya siapkan sekitar 200 pasang baju raya, namun Januari lalu saya terima 250 tempahan.

“Sekarang ini separuh daripada tempahan sudah disiapkan, tapi saya tetap berasa kesuntukan masa untuk menyiapkan semua 250 pasang baju,” katanya.

Dia yang mula mengusahak­an perkhidmat­an itu sejak 2002 mengaku menjadi tukang jahit bukan mudah kerana terpaksa melayan pelbagai kerenah pelanggan.

“Walaupun baju pelanggan itu sudah siap, namun besar kemungkina­n dipulangka­n semula kepada saya untuk dibaiki, biasanya membabitka­n masalah ukuran tinggi.

“Perkara macam ini yang membuatkan saya menutup tempahan awal. Saya mahu jaga kualiti kerana kepuasan hati pelanggan amat penting,” katanya.

Pembuat songkok, Akmar Abdul Muluk, 66, berkata, dia juga menutup tempahan sejak Januari lalu dan sekarang ini bertungkus-lumus menyiapkan 10,000 songkok.

Akmar yang memiliki kedai membuat songkok di Jengka, Pahang berkata, bagi menyiapkan tempahan dia dibantu anak dan ahli keluarga saja.

Bagi pengusaha kuih, Forziah Awang, 57, dari FELDA Jengka, dia masih membuka tempahan meskipun kini jumlah pelbagai jenis makanan tradisiona­l perlu disiapkan mencecah 40,000 bekas.

Forziah berkata, menerima tempahan dua bulan sebelum Aidilfitri adalah perkara normal bagi pengusaha IKS walaupun ada yang menganggap masih awal.

 ??  ?? NOR Ali menerima 250 tempahan hingga Januari lalu.
NOR Ali menerima 250 tempahan hingga Januari lalu.
 ??  ?? AKMAR menunjukka­n songkok yang perlu disiapkan untuk tempahan Aidilfitri.
AKMAR menunjukka­n songkok yang perlu disiapkan untuk tempahan Aidilfitri.
 ??  ?? FORZIAH masih membuka tempahan makanan tradisiona­l.
FORZIAH masih membuka tempahan makanan tradisiona­l.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia