Harian Metro

Pameran karya Dong+ism

-

Kuantan: Seramai 30 pelukis, jurufoto, pembuat arca dan arkitek mempamerka­n karya masing-masing di Pameran Dong+ism di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur bermula hari ini.

Pameran anjuran Rajawali Art Studio dengan kerjasama Balai Seni Negara itu berlangsun­g selama tiga minggu hingga 15 Mei depan.

Dijangkaka­n pameran berkenaan dapat mempamerka­n 45 lukisan cat, arca, seni audio visual (multimedia) dan fotografi.

Pengurus projek, Sukairi Shahri berkata, perasmian pameran itu dijadualka­n pada 30 April dan disempurna­kan pelukis terkenal, Raja Azhar Idris.

“Karya yang akan dipamerkan nanti adalah yang terbaik hasil daripada Program Dong+ism yang kita laksanakan di Ulu Dong, Raub pada Oktober tahun lalu.

“Ketika itu, 80 karya pelbagai genre dihasilkan mengambil ilham beberapa kawasan menarik di Ulu Dong yang sempat dilawati dalam tempoh tiga hari.

“Pengkarya dibawa melawat gua, air terjun, kebun durian, kawasan ternakan ikan dan projek membuat produk makanan sebelum berkarya,” katanya di sini, semalam.

Sukairi berkata, Dong merujuk nama tempat di mana program berlangsun­g manakala ‘ism’ membawa maksud aliran.

Katanya, antara peserta yang menyertai program itu adalah penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka, Kolej Universiti Widad, Kuantan dan Kolej Universiti Linton, Negeri Sembilan selain beberapa pelukis Filipina.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA karya seni yang dipamerkan pada pameran Dong+ism di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur.
ANTARA karya seni yang dipamerkan pada pameran Dong+ism di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia