Harian Metro

Dulu dikeji kini dipuji

- Mohd Firdaus Ibrahim firdaus_ibrahim @hmetro.com.my

 Dr Azizon bangkit daripada kemiskinan jadi Pakar Perunding Kanan Patologi

Dia diejek dan dihina rakan sepermaina­n sejak kecil kerana kecacatan kedua-dua tangannya.

Ketika menjalani latihan perubatan di sebuah hospital kerajaan, ketua jabatan pula menuduhnya tidak menjalanka­n prosedur sepatutnya kepada pesakit juga disebabkan kecacatann­ya itu.

Namun, siapa sangka anak bongsu daripada lima beradik itu kini bergelar Pakar Perunding Kanan Patologi (Hematologi) Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban (HTJS) dengan menukar cemuhan dan hinaan masyarakat kepada pembakar semangat untuk berjaya dalam hidup.

Datuk Dr Azizon Othman berkata, penghinaan masyarakat terutama rakan sepermaina­n menyebabka­nnya menjadi sangat sedih, kurang berkeyakin­an dan sensitif.

“Penghinaan mereka menjadikan saya rendah diri. Namun, saya lawan penghinaan mereka dengan belajar bersungguh-sungguh. Saya akui mengambil masa yang lama untuk menukar penghinaan mereka itu menjadi pembakar semangat.

“Saya nekad mahu buktikan kepada masyarakat bahawa kecacatan dan latar belakang keluarga yang miskin tidak mampu menghalang orang cacat seperti saya untuk berjaya dalam hidup.

“Selepas mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia, saya meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Kaherah, Mesir dengan bantuan biasiswa kerajaan,” katanya.

Dr Azizon berkata, sebaik menamatkan pengajian di Mesir, dia menjalani latihan perubatan di sebuah hospital kerajaan.

“Ujian berterusan menimpa apabila ketua jabatan mendakwa kerana kecacatan di tangan akibat pembentuka­n jari tidak sempurna dan saya tidak boleh menjalanka­n prosedur sepatutnya ketika merawat pesakit.

“Saya telan penghinaan itu dengan meneruskan latihan obstetrik dan ginekologi di

 ?? Dr Azizon ?? Saya telan penghinaan itu dengan meneruskan latihan obstetrik dan ginekologi di Universiti Sains Malaysia selama dua bulan” DR Azizon Othman menunjukka­n buku terbitanny­a.
Dr Azizon Saya telan penghinaan itu dengan meneruskan latihan obstetrik dan ginekologi di Universiti Sains Malaysia selama dua bulan” DR Azizon Othman menunjukka­n buku terbitanny­a.
 ??  ?? DR Azizon (dua dari kanan) bersama rakan setugas di HTJS.
DR Azizon (dua dari kanan) bersama rakan setugas di HTJS.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia