Harian Metro

‘Polis’ minta RM9,000

- Shahrinnah­ar Latib cnews@nstp.com.my

 Suri rumah rugi ditipu lelaki menyamar sebagai Inspektor Zulkarnain

Suri rumah kerugian RM9,000 selepas ditipu lelaki menyamar pegawai polis dengan mendakwa dua anaknya ditahan Jumaat lalu.

Mangsa berusia 54 tahun itu menerima panggilan daripada lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai Inspektor Zulkarnain bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek kemudian memberitah­u dua anak mangsa ditahan polis dan dia perlu membayar RM5,000 untuk membebaska­n mereka.

Menurutnya, mangsa dari FELDA Jengka 24 juga diminta ke sebuah bank di pusat bandar, di sini.

“Pada hari sama, mangsa memindahka­n RM5,000 ke dalam akaun diberikan suspek.

“Mangsa kemudian menerima panggilan semula daripada inspektor terbabit yang memberitah­u wang yang diterima tidak mencukupi dan perlu ditambah RM4,000 lagi,” katanya.

Beliau berkata, mangsa memindahka­n lagi wang ke dalam nombor akaun lain diberikan suspek.

Katanya, mangsa diminta menunggu selama 30 minit di hadapan IPD Jerantut.

Mohd Wazir berkata, mangsa yang menunggu hampir sejam tidak menerima sebarang panggilan daripada suspek menyebabka­nnya menyedari ditipu dan masuk ke dalam balai untuk membuat laporan polis.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Mohd Wazir berkata, kakitangan kerajaan kerugian RM1,450 selepas diperdaya lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai Datuk Zainuddin yang menawarkan motosikal lelong tidak wujud di Kuantan.

Beliau berkata, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

 ?? Mohd Wazir Mohd Yusof ??
Mohd Wazir Mohd Yusof

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia