Harian Metro

Murid tulang rapuh pandai bercerita

-

Kajang: Penyakit tulang rapuh yang dialami sejak lahir menghalang Siti Aishah Mohd Daud, 10, bergerak terlalu aktif, namun di sebalik kekurangan itu, kanak-kanak ini sebenarnya mempunyai kelebihan mampu bercerita di depan khalayak ramai.

Kemampuann­ya bercerita khususnya kisah nabi membuatkan dia menjadi tumpuan ketika Majlis Tilawah al-Quran, Karnival Nasyid dan Aktiviti Moral Murid Pendidikan Khas Daerah Hulu Langat 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama, di sini, baru-baru ini.

Siti Aishah berkata, dia aktif memasuki pertanding­an bercerita ketika memasuki alam persekolah­an.

“Minat saya untuk bercerita sebenarnya mula timbul ketika berusia empat tahun kerana apabila menonton televisyen, saya kagum dengan pencerita yang bermain dengan muka, gaya serta suara pelbagai.

“Walaupun keadaan saya begini, tetapi ia bukan halangan untuk saya bercerita di depan orang ramai sekali gus menjadi pembakar semangat buat diri,” katanya yang bercita-cita menjadi guru.

Anak sulung daripada dua beradik berkata, ketika memasuki tahun satu, dia diperkenal­kan pula dengan al-Quran dan terus mengenali kisah nabi dari kitab suci itu.

“Cikgu ajar saya baca al-Quran dan saya seronok kerana dapat mengenali cerita nabi. Daripada situ, saya bercerita semula kisah nabi yang saya tahu kepada orang ramai yang mengunjung­i gerai nasi lemak ibu saya di Pasar Pagi Sungai Long.

“Mereka teruja dengan cerita saya dan ia sebenarnya menjadi pendorong untuk saya menyertai pertanding­an bercerita kisah nabi di majlis Tilawah al-Quran, Karnival Nasyid dan Aktiviti Moral Murid Pendidikan Khas Daerah Hulu Langat, baru-baru ini.

“Tidak sangka saya dipilih sebagai johan. Terima kasih kepada guru saya, Hafizah Osman kerana banyak mengajar,” katanya yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Rakan, Sungai Long, di sini.

Sementara itu, ibunya, Nurin Radjil, 31, berkata, dia akan berusaha sehabis baik bagi memberikan didikan buat anaknya.

 ??  ??
 ??  ?? SITI Aishah juara bercerita sekolah rendah pada majlis Tilawah al-Quran. Gambar kecil, Siti Aishah bersama ibunya.
SITI Aishah juara bercerita sekolah rendah pada majlis Tilawah al-Quran. Gambar kecil, Siti Aishah bersama ibunya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia