Harian Metro

Cef kepala goyang

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

 Penunggang motosikal maut tercampak di lampu isyarat

Seorang lelaki maut tercampak selepas motosikal ditunggang­nya dirempuh kereta dipandu seorang cef yang dalam keadaan mabuk.

Dalam kejadian jam 11.50 malam kelmarin, mangsa, Lee Kam Hoong, 53, dilanggar di persimpang­an lampu isyarat ke West Road di Jalan Kepong arah Jinjang, di sini.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan pulang ke Jinjang selepas makan malam bersama rakannya di sebuah restoran.

“Sebaik tiba di persimpang­an itu, mangsa memberhent­ikan motosikaln­ya secara mengejut apabila lampu isyarat bertukar kuning.

“Pemandu kereta berusia 38 tahun itu tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal mangsa dari arah belakang menyebabka­n lelaki itu tercampak di atas jalan,” katanya.

Zulkefly berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

“Hasil ujian pernafasan dilakukan terhadap pemandu kereta terbabit mendapati dia di bawah pengaruh alkohol.

“Lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 44 (1) (A) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? LEE disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian di Jalan Kepong arah Jinjang, Kuala Lumpur, malam kelmarin.
LEE disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian di Jalan Kepong arah Jinjang, Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia