Harian Metro

Kaji semula tempat penunggang berteduh

-

Kuala Lumpur: Pihak berkuasa dan pengendali lebuh raya perlu mengkaji semula reka bentuk serta lokasi kemudahan berteduh untuk penunggang dan pembonceng motosikal bagi menjamin keselamata­n mereka.

Pengerusi Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, perhentian motosikal itu seharusnya berada dalam keadaan terang dan tidak terlindung daripada pandangan pengguna jalan raya lain.

“Pada masa sama, tempat berteduh terbabit perlu mempunyai ruang mencukupi serta dilengkapi penghadang untuk melindungi penunggang, pembonceng dan motosikal mereka,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau mengulas kemalangan terbaru sekumpulan penunggang dan pembonceng motosikal nyaris maut apabila motosikal mereka dirempuh dua kenderaan ketika berteduh daripada hujan di bawah jambatan di KM 258 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampira­n susur keluar Port Dickson, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 petang, 12 motosikal rosak teruk selepas terperosok di bawah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kereta Perodua Axia.

Lee berkata, penunggang dan pembonceng motosikal perlu memastikan diri mereka boleh dilihat jelas oleh pengguna jalan yang lain terutama ketika hujan.

“Sebagai contoh, mereka boleh memakai baju hujan berwarna terang atau yang mempunyai untuk meningkatk­an kebolehlih­atan.

“Selain itu, pastikan kawasan berteduh adalah kawasan sesuai dan memang dikhaskan untuk motosikal,” katanya.

Beliau berkata, menurut Kaedah 53 dalam Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, tiada sebarang kenderaan boleh diletakkan atau menggunaka­n lorong tambahan atau bahu jalan kecuali kenderaan polis, Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), ambulans, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kastam dan Jabatan Penjara.

“Penunggang motosikal dan pembonceng dinasihatk­an tidak berteduh atau berhenti seketika untuk memakai baju hujan di bawah jejambat atau di tepi jalan kerana boleh mengundang risiko dilanggar kenderaan lain.

“Mereka sepatutnya berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah atau tempat berteduh khas,” katanya.

 ?? Lee Lam Thye ?? Tempat berteduh terbabit perlu mempunyai ruang mencukupi serta dilengkapi penghadang untuk melindungi penunggang, pembonceng dan motosikal mereka”
Lee Lam Thye Tempat berteduh terbabit perlu mempunyai ruang mencukupi serta dilengkapi penghadang untuk melindungi penunggang, pembonceng dan motosikal mereka”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia