Harian Metro

Bank koperasi ketiga

- Ayusliza Azizan cnews@nstp.com.my

 KOPSYA letak sasaran 2020 dengan usaha tambah bilangan saham

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) melalui Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (KOPSYA) bersedia menjadi bank koperasi ketiga menjelang 2020.

Perkara itu diperkukuh­kan melalui Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-6 KOPSYA yang dihadiri 587 wakil koperasi di sini, semalam.

Pengerusi Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, KOPSYA memiliki potensi menjadi bank ketiga koperasi untuk ditubuhkan oleh kerajaan menerusi dasar koperasi negara yang sudah memiliki dua bank koperasi iaitu Bank Rakyat dan Bank Persatuan.

“Menerusi dasar koperasi negara, sekurang-kurangnya terdapat lima bank koperasi dan terpulang kepada kerajaan untuk melaksanak­annya kerana kita sudah bersedia dari segi tadbir urus, kecekapan serta modal.

“Kini tugas kita mencari 246 juta saham lagi berbanding terdapat 64 juta saham ketika ini dengan kaedah meningkatk­an saham dalam KOPSYA dan menambah jumlah koperasi,” katanya ketika ditemui selepas mempengeru­sikan mesyuarat itu semalam.

KOPSYA turut mengeluark­an bayaran zakat perniagaan berjumlah RM210,000.

Dalam pada itu, Abdul Fattah berkaa, KOPSYA mencatatka­n keuntungan bersih RM5.42 juta tahun lalu berbanding RM4.29 juta pada 2016.

“KOPSYA menyalurka­n dividen pada kadar lima peratus kepada ahli iaitu RM2.38 juta tahun lalu berbanding RM2.07 juta sebelumnya sekali gus meningkat 14.9 peratus,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut berbangga apabila KOPSYA dianugerah­kan koperasi ke-47 terbaik daripada 13,438 koperasi di negara ini dan berharap pencapaian itu dipertingk­atkan pada masa depan.

 ??  ?? ABDUL Fattah (tengah) bersama Setiausaha KOPSYA Mohamad Azmi Omaruddin (kiri) dan Pengurus Besar KOPSYA, Fatimah
Nurhaliza Mohd Hatta melihat buku
laporan tahunan.
ABDUL Fattah (tengah) bersama Setiausaha KOPSYA Mohamad Azmi Omaruddin (kiri) dan Pengurus Besar KOPSYA, Fatimah Nurhaliza Mohd Hatta melihat buku laporan tahunan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia