Harian Metro

Buat pasport di Besut Fahami jiwa anak autisme

- Raja Noraina Raja Rahim news@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Cawangan Besut yang terletak di Kampung Raja, Jertih akan di naik taraf untuk mengeluark­an pasport pada Jun ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, langkah itu diambil bagi memudahkan orang ramai memohon pasport dan mendapatka­nnya dengan segera tanpa perlu ke pejabatnya, di sini.

“Sebelum ini, pejabat di cawangan itu hanya memproses urusan permohonan dan pemohon perlu mendapatka­n pasport berkenaan di Pejabat Imigresen Kuala Terengganu.

“Dengan naik taraf ini, pemohon yang memohon pasport di Besut boleh memperoleh­nya dengan segera dalam tempoh tidak sampai sejam,” katanya ketika sidang media di Pejabat Imigresen di UTC Kuala Terengganu di sini, semalam.

Beliau berkata, ketika ini terdapat dua pejabat pengeluar pasport di Terengganu iaitu di Chukai dan UTC Kuala Terengganu.

Mustafar berkata, purata permohonan pasport yang diterima di Besut antara 4,000 hingga 5,000 setahun.

“Selain Kemaman, kita berasakan Besut berkepenti­ngan untuk di naik taraf sebagai pejabat pengeluar yang akan memulakan operasinya pada 1 Jun ini,” katanya.

“Saya pernah menitiskan air mata apabila melihat anak dipandang sinis orang lain kerana tingkah lakunya yang berbeza. Sebab itu, saya nekad untuk membantu memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai autisme,” kata Syariffah Nurlidawat­i Wan Mohamad Zen, 38.

Beliau menyedari anak tunggal, Mohammad Syaffiq Iqbal Mohd Zulkarnain yang kini berusia lapan tahun menghidap autisme selepas menghantar anaknya ke tadika ketika berusia empat tahun.

Menurutnya, sebagai ibu pastinya dia terkejut apabila dimaklumka­n oleh guru yang anaknya mempunyai simptom autisme.

“Saya membuat penyelidik­an dan mencari maklumat untuk memahami mengenai autisme. Saya juga perlu berulang-alik dari Seremban ke Kuala Lumpur untuk menghantar anak mendapatka­n rawatan di sebuah pusat khas autisme sebelum mengetahui mengenai Pusat Pembelajar­an Khas Chrysalis (CSLC) di Seremban.

“Saya bersyukur anak menunjukka­n perubahan yang amat positif dan sebab itulah saya terdorong membantu lebih ramai ibu bapa dan membentuk kesedaran masyarakat mengenai autisme,” kata Syariffah yang ditemui pada Kempen Kesedaran Autisme 2018 di pusat beli-belah, Palm Mall di sini, semalam.

Sebagai ibu yang mempunyai anak autisme, Syariffah berkata, kanak-kanak seperti itu amat memerlukan bimbingan dan sokongan masyarakat selain ahli keluarga dalam menjalani hidup dengan pelbagai cabaran.

 Pandangan sinis masyarakat penguat semangat

 ??  ?? ANTARA kanak-kanak autisme yang menyertai Kempen Kesedaran Autisme 2018 di Palm Mall, Seremban.
ANTARA kanak-kanak autisme yang menyertai Kempen Kesedaran Autisme 2018 di Palm Mall, Seremban.
 ??  ?? SYARIFFAH Nurlidawat­i (kiri) bersama anaknya, Mohammad Syaffiq Iqbal.
SYARIFFAH Nurlidawat­i (kiri) bersama anaknya, Mohammad Syaffiq Iqbal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia